Siakap Keli

(Video) Bahagia Dua Tahun ‘Berakhir’, Pemuda Menangis Teresak-esak Kucing Kesayangan Mati Di Pangkuannya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bagi yang memiliki kucing sebagai haiwan peliharaan, pasti haiwan comel itu akan dijaga rapi seakan-akan anak sendiri.

Dialah teman bermain, makan, tidur, berbual-bual untuk hilangkan stres kerja dan sebagainya.

Namun apabila tiba saat si bulus itu mati, itulah momen paling duka dalam hidup apabila makhluk kesayangan yang ditatap hari-hari akhirnya telah pergi.

Seorang warga Facebook, Fazir Nulhakim baru sahaja kehilangan kucing kesayangannya yang difahamkan sudah dibela sejak dua tahun lalu.

Dia berkongsi hari duka itu ke group Facebook Group Pencinta Kucing baru-baru ini.

“Hanya seorang pecinta kucing sahaja yang faham ape erti kehilangan terima kasih 2 tahun lebih kita bersama sayang ku Martin.”

Kredit gambar: Fazir Nulhakim

Punca kematian

Kata Fazir, si bulus kesayangannya itu mati kerana komplikasi penyakit Troma Kidney.

“Dah sembuh tapi datang balik. Saya dah bawak dia pergi klinik masa awal-awal kena. Dah hantar lepas tu datang balik (penyakit),” katanya ketika dihubungi Siakap Keli hari ini.

Jelasnya, dia sendiri tidak pasti sejak bila si Martin menghidapi penyakit tersebut.

“Dia kena tak pasti yang baru ni. Sebab baru perasan, dia kencing sebarangan. Itu yang bawa ke klinik, baru tahu Troma,” tambahnya lagi.

Solidirati pencinta kucing

Sementara itu, beberapa netizen lain turut sama menzahirkan kata-kata ‘salam takziah’ buat pemergiaan si Martin itu.

Dalam masa sama, ada juga yang berkongsi rasa duka kehilangan kucing kesayangan mereka suatu ketika dahulu.

Sumber: Fazir Nulhakim

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'