Siakap Keli
Gambar: Fine Art America

Dipercayai Pura-Pura Lumpuh, Polis Tahan ‘Pengemis Wanita’ Memiliki Lima Bangunan Kediaman

Kaherah: Polis Mesir telah menahan seorang pengemis wanita berusia 57 tahun yang memiliki lima bangunan dan hampir 3 juta pound Mesir dalam akaun bank, lapor media tempatan.

Wanita tersebut dilaporkan berpura-pura lumpuh pada bahagian kaki dan menggunakan kerusi roda semasa mengemis di beberapa wilayah di negara itu, lapor surat khabar swasta Al Masry Al Youm.

Siasatan yang dilakukan pihak polis mendapati bahawa dia pernah dilihat mengemis dengan cara berpura-pura lumpuh dan menggunakan kerusi roda untuknya bergerak. Dia kemudiannya dilihat berjalan kaki selepas selesai satu pusingan di kawasan tersebut, menurut saksi.

Pihak polis juga mendapati bahawa suspek tidak mempunyai sebarang penyakit, dan memiliki lima buah bangunan kediaman di wilayah Gharbia dan Qaliubia serta hampir 3 juta di dalam akaun banknya, kata laporan itu.

Sumber: Gulf News

Aqmal Ezany

I write what is right