Siakap Keli
Gambar via Bernama

Mukim Parit Buntar Di Perak, Mukim Rasau Di Terengganu & Mukim Jimah Di Negeri Sembilan Dikenakan PKPB Bermula 7 November

Menerusi sidang media hari ini, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau, Penjara Sandakan dan Kuarters Penjara Taman Wira, Sandakan berkuatkuasa 6 November sehingga 19 November 2020.

Menurutnya, PKPD di PTS Tawau melibatkan 1, 707 individu yang terdiri daripada 1, 603 tahanan dan 104 kakitangan.

Manakala, seramai 1, 605 individu yang merangkumi 1, 308 orang tahanan dan 297 kakitangan terlibat di Penjara Sandakan dan Kuarters Penjara Taman Wira.

Di samping itu, PKPD di Anjung Teduh FELDA Sahabat, Lahad Datu pula akan dilanjutkan daripada 7 November hingga 20 November 2020.

Beliau juga memaklumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di Mukim Parit Buntar, Perak, Mukim Rasau, Dungun, Terengganu dan Mukim Jimah, Port Dickson, Negeri Sembilan berkuatkuasa pada 7 November sehingga 20 November 2020.

Sumber: Majlis Keselamatan Negara

Sofea

There's always another side to every story