Siakap Keli

(Video) “Keputusan Berat Demi Kebaikan”, Lima Tahun Tunggu Zuriat Namun Akhirnya Diceraikan Suami, Ibu Ini Redha Berpisah Demi Anak

Menanti zuriat pertama adalah tempoh yang sangat mendebarkan buat semua pasangan suami isteri yang bakal menjadi ibu bapa.

Ada yang rezekinya ‘murah’, mudah sahaja hamil. Namun, ada juga yang diuji perlu menunggu benih mereka ‘menjadi’ sehingga bertahun-tahun lamanya.

Demikianlah yang terjadi kepada individu bernama Nenk Lia ini, di mana dia mendakwa terpaksa menunggu sehingga lima tahun untuk mendakap cahaya mata sulung di pangkuannya sendiri.

Memetik laporan Indozone, akhirnya dia mampu tersenyum dan bahagia apabila mendapat tahu dirinya hamil. Masa berganti masa, akhirnya zuriat pun dilahirkan.

Takdir mula berubah

Disangkakan panas hingga ke petang, namun hujan pula di tengah hari.

Dikhabarkan, rumah tangga mereka mula goyang. Dia mendakwa hubungannya dengan suami mula dicemari dengan keretakan.

“Mungkin setelah melahirkan (anak), penampilanku membosankan, badanku gemuk, muka kusam, aku kelelahan. Jangankan luluran, mandi saja aku tidak lebih 1o minit,” katanya, memetik laporan tersebut.

Meskipun bergelar ibu ‘baharu’ yang perlu sentiasa memberi perhatian terhadap anak kecilnya, namun si ibu ini turut tidak menang tangan dalam mencari nafkah sebagai jurusolek kecantikan.

Bagaimanapun, hari demi hari, dia mendakwa sikap suaminya semakin lama semakin dingin terhadapnya. Selain berlaku kasar dan benci, ada sahaja konflik yang berlaku di antara mereka.

“Bahkan (dia) berani kasar di depan anaknya sendiri. Terpaksa aku dan keluargaku ambil keputusan demi kebaikan anakku dan juga aku, kerana pasti akan datang akan berlaku lagi pertengkaran lain.

“Makin aku mengalah, makin aku ditindas,” dakwanya.

Segalanya berakhir

Masa berganti masa, pelayaran bahtera rumah tangga mereka semakin hilang arah tujunya sehinggalah akhirnya runtuh dengan lafaz penceraian.

Anaknya yang pada ketika itu baru berusia 19 bulan, terpaksa melihat dunia dan meneruskan kehidupan yang pahit tanpa kasih sayang seorang ayah.

Kini, mereka berdua bahagia menjalani hidup tanpa perlu lagi menadah telinga mendengar jeritan sang ayah, walaupun dirinya sedar, dia terpaksa mengerah seluruh kudratnya demi anak.

“Sekarang usia anakku lima tahun, biarpun kami kekurangan kerana harus membayar hutang (komitmen) tapi aku bahagia.

“Anakku tidak pernah kekurangan walaupun aku berhempas-pulas pagi, siang dan malam cari duit. Aku kuat demi anakku,” dakwanya yang meluahkan seluruh isi hatinya menerusi video yang dimuat naik ke akaun Tiktoknya seperti di bawah ini.

@nenklia_ali18

keputusan berat demi kebaikan..#brokenhome brokenho#singleparents #singlemom #myson

♬ original sound – All About Music 🎵 – All About Music 🎵

Sumber: Indozone, Tiktok

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.