Siakap Keli

Terkini: Joe Biden Menang Pilihan Raya Presiden Amerika

Amerika Syarikat akhirnya memilih Joe Biden sebagai Presiden AS yang baharu menggantikan Donald Trump yang tewas dalam Pilihan Raya Presiden yang diadakan pada 4 November 2020 tempoh hari.

Joe Biden dalam kiriman terbaru di laman Twitternya mengatakan “Saya berbesar hati anda (rakyat AS) memilih saya untuk memimpin negara ini.”

Tambah Biden lagi, ” Kerja keras ada di depan kita tetapi saya janji kepada anda satu perkara, saya akan jadi Presiden untuk seluruh Amerika. Sama ada anda mengundi saya atau tidak.”

 

Sumber: Joe Biden