Siakap Keli
Gambar via Nakita.ID

Khasiat Air Rebusan Serai, Dipercayai Ada Manfaat Pada Kesihatan Yang Ramai Tak Tahu

Salah satu faktor utama masakan menjadi enak dan sedap dimakan adalah serai. Serai merupakan sebahagian daripada suku rumput yang biasanya digunakan sebagai bahan masakan. Walau begitu, serai digelarkan sebagai Cymbopogon citratus yang berasal daripada perkataan Latin. Selain menjadi bahan masakan, serai boleh dijadikan sebagai rebusan serai atau dikenali sebagai teh serai.

Sebatian antioksidan dan anti-radang yang terdapat di dalam rebusan serai tersebut didakwa memberi khasiat yang sangat baik untuk kesihatan tubuh badan anda. Untuk mengetahui lebih lanjut, berikut merupakan beberapa khasiat rebusan serai yang dikongsikan oleh Akhbar Bhayu Tamtomo dari Kompas.com:

Gambar via Kompas.com

1.Menurut kajian,  ekstrak rebusan serai dipercayai dapat mencegah pertumbuhan bakteria yang menganggu gigi dan mulut.

2.  Serai boleh dipercayai mampu mencegah infeksi kerana penurunan sistem imun tubuh. Misalnya, mengurangi dan meredakan sariawan yang dihadapi oleh pesakit HIV.

3. Diakui mampu mengurangkan kekerapan dalam membuang air besar sehingga dianggap mengatasi cirit-birit.

4. Dikatakan dapat meningkatkan jumlah hemoglobin dan sel darah merah di dalam badan di mana dikaitkan dengan kandungan antioksidan yang terdapat pada serai.

5. Dakwaan mendapati ekstrak serai mampu mengurangkan kolesterol.

6.Mampu mengatasi kembung kerana dinyatakan dalam kajian bahawa meningkatkan kekerapan membuang hadas kecil.

7. Penelitian menyatakan apabila menghidu serai, ia dipercayai mampu melegakan kegelisahan yang dihadapi individu.

Cara membuat rebusan serai

Hanya menggunakan cara yang mudah dan dapat dilakukan di rumah sahaja. Paling penting, anda perlu rajin untuk mendapatkan bahan-bahannya dan mengikut langkah yang dinyatakan. Selamat mencuba!

1.Potong batang serai terlebih dahulu dalam anggaran 2.5-5 cm.

2. Panaskan air sehingga mendidih.

3. Tuangkan air panas bersama serai di dalam bekas.

4. Rendamkan selama 5 minit.

5. Tapiskan air rebusan serai lalu tuangkan ke dalam cawan untuk diminum.

Sumber: Kompas.com

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia