Siakap Keli
Gambar: Nija Tahar

“Ayah Nak Jaga Mak,” Pilu, Isteri Meninggal Dunia, Tak Sempat Berjumpa Suami Setelah 241 Hari Terpisah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pemergian insan tersayang pastinya akan memberikan kesan yang begitu mendalam kepada seseorang.

Kerinduan yang tidak dapat diubati itu pastinya akan terus membelengu diri. Terasa seperti sebahagian jiwa itu turut pergi bersamanya pasti pernah dirasai oleh orang-orang yang mempunyai pengalaman sebegini.

Seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Nija Tahar, ibunya telah kembali ke Rahmatullah pada 13 November 2020 yang lalu. Lebih menyedihkan, penantian oleh arwah ibunya itu untuk berjumpa dengan ayahnya tidak kesampaian.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Setelah 241 hari mereka tak berjumpa, akhirnya mereka berjumpa kembali tapi dalam situasi yang berbeza. Kali terakhir mak jumpa ayah pada 17 Mac 2020 (Selasa).

Masa tu aku hantar ayah untuk kuarantin kat Singapura, memandangkan Ayah adalah warganegara Singapura.

Mak bye-bye ayah kat balcony, dengan menyimpan harapan untuk berjumpa kembali selepas 2 minggu kuarantin dijalankan, dari minggu ke minggu, bulan ke bulan, mak terus berharap untuk Ayah pulang.

Setiap kali video call, Mak mesti akan menangis dan tanya bila Ayah boleh balik. Setiap kali tu kami akan pujuk Mak, suruh bersabar dan doa banyak-banyak. Sampai la di hujung-hujung hayat Mak, bila video call, Mak dah tak tanya lagi bila Ayah nak balik.

Tapi Mak cakap “Ani akan tunggu Abang balik” ayat tu sedikit melegakan Ayah, Ayah cakap kat aku dengan harapan mudah-mudahan tahun baru nanti ada pelepasan pada orang-orang macam Ayah untuk pulang jumpa Mak.

Ayah cakap Ayah tak dapat balik Singapura lagi sampai bila-bila pun takpe. Ayah nak jaga Mak. Kami tak sangka Mak akan pegi secepat ni, sebab Mak takde sakit tenat, mungkin Mak tak nak susahkan semua orang.

Alhamdullillah Mak pergi dengan tenang, di hari Jumaat, di hari yang dia selalu idam-idamkan. Rindu antara mereka sangat-sangat mendalam, aku sendiri tak pasti aku akan dapat lalui situasi macam mereka. Ayah sangat-sangat tenang, dalam hati Ayah hanya Allah je yang tau.

Tapi air mata Ayah gugur bila melihat jasad Mak. Ayah kuat sebab Ayah nak anak-anak dia sekuat dia dan terima takdir Allah. Tapi Ayah, anak-anak Ayah tak sekuat Ayah. Semalam selepas pengebumian Mak, Ayah trus di bawa kuarantin untuk 2 minggu, aku tak dapat bayangkan keadaan Ayah dan Adik aku yang masih dikuarantin di Singapura.

Semoga mereka terus kuat dan tabah. Semoga ALLAH anugerahkan mereka kekuatan yang luar biasa.

Cinta, Kasih dan Sayang Mak dan Ayah sangat-sangat luar biasa. Semoga kami akan berjumpa Mak semula di Syurga. Kami Sayang Mak sampai Syurga.

AL-FATIHAH

13 November 2020 – JUMAAT-

Hjh Saniah Bt Hj Arshad

Sumber: Nija Tahar

Aqmal Ezany

I write what is right