Saat mendebarkan dan penuh dengan ketakutan apabila satu bas melintasi laluan gunung air terjun yang sukar dan berbahaya.
Dalam klip video berdurasi 44 saat yang diambil daripada instagram milik @ray_manwa dan dikongsi oleh The Sun melalui twitter terlihat sebuah bas berwarna putih melalui laluan gunung yang sempit, berhampiran jurang dan berbatu.
Bas itu membawa dengan perlahan dan penuh berhati-hati apabila melalui air terjun dan berjaya melimpasinya. Laluan gunung Chamba ke Killar di India itu dikatakan adalah salah satu jalan paling sukar untuk dilalui.
Sumber : The Sun