Siakap Keli
Kredit: Mohd Safri Suhaimi

(Video) Sampai ‘Meniarap’ Atas Pinggan, Gelagat Anak Kucing ‘Kedekut’ Taknak Kongsi Makanan

Bermacam-macam gelagat kucing kita boleh lihat yang sememangnya bikin geram dan geli hati. Ada sahaja akal mereka untuk mendapatkan sesuatu sehingga adakalanya membuatkan kita terhibur.

Seperti rakaman tular seekor anak kucing yang ‘tamak’ dan tidak mahu berkongsi makanannya dengan seekor kucing lain.

Dalam satu video yang tular, kelihatan seekor anak kucing putih bertompok ‘meniarap’ di atas pinggan dipercayai semata-mata untuk menghalang ‘rakannya’ untuk makan.

Bagaimanapun seekor lagi anak kucing berwarna kelabu di dalam video itu seakan tidak kisah dan tetap cuba mendapatkan makanan di dalam pinggan tersebut. Habis di celah ketiak dan bawah perut si kucing putih dikoreknya.

Jom hiburkan hari anda dengan video di bawah,

Dia punya kedekut xleh bwk bincang..anak sapa la ni😑

Posted by Mohd Safri Suhaimi on Thursday, November 19, 2020

Sumber: Mohd Safri Suhaimi

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.