Siakap Keli

Setiap Peserta Peraduan ‘Be A RENOgrapher’ Akan Menerima Baucar OPPO RM100 Dan Peluang Menang Hadiah Berjumlah RM129,000

Boleh dikatakan ramai antara kita yang suka bergambar, sama ada menggunakan kamera DSLR, kamera aksi mahupun smartphone.

Bagi yang menjadikan fotografi sebagai satu kerjaya profesionalnya, mungkin DSLR adalah pilihan utama.

Tapi kalau bagi yang memang jenis sekadar suka-suka sebab hobi, mungkin kamera smartphone menjadi pilihan terbaik.

Korang nak tau tak, alang-alang suka ambil gambar guna smartphone tu, apa kata kalau korang buat satu aktiviti yang boleh berikan dua manfaat dalam satu masa.

Pertama, serlahkan bakat dan hobi korang dan kedua, dengan bakat tu korang boleh layak untuk dapat hadiah berjumlah RM129,000 dan setiap peserta akan menerima baucar OPPO RM100 juga! Best tak?

Jadi, apa benda yang best sangat tu?

Jom sertai peraduan #BeRENOgrapher

Sebenarnya syarikat pengeluar smartphone terkenal, OPPO berkolaborasi dengan Tourism Malaysia ada menganjurkan satu peraduan fotografi Be A RENOgrapher.

Peraduan ini dibawakan khas untuk korang yang memang minat dengan seni fotografi menggunakan smartphone.

Walaupun dianjurkan oleh OPPO, tapi penyertaannya terbuka kepada semua pengguna OPPO dan jenama smartphone yang lain.

Peraduan fotografi #BeRENOgrapher ini dibuka bermula 18 November sehingga 20 Disember 2020. Sebulan tu.

Apa je gambar yang nak ditangkap ni?

Ok, peraduan Be A RENOgrapher ni ada tawarkan empat jenis tema berlainan, ikut masing-masing punya minatlah, senang cerita. Dan kalau korang nak tau, kebanyakan gambar contoh yang kami sertakan kat bawah ni diambil menggunakan OPPO Reno4 Pro!

1. Clearly Your Best Night #RenoNightMoment

Yang ni, korang boleh ambil gambar suasana waktu malam yang paling cantik. Ikutlah nak ambil putaran bintang (star lapse) ke, gugusan bintang ke, pemandangan kota raya ke, cahaya rendah (low light) ke, terpulang. Janji cun. Korang boleh check out gambar-gambar contoh ni untuk jadikan inspirasi korang.

Untuk kategori ni, ciri kamera AI Night Flare Portrait pada OPPO Reno4 Pro memang ngam untuk digunakan kerana ia memberikan effect bokeh pada gambar korang dan menjadikan gambar pada waktu malam atau gambar pemandangan malam korang lebih jelas dan ‘sharp’.

2. Clearly Your Best Potrait #RenoPortraitMoment

Yang ni pasti best bagi korang yang sukakan potret. Serlahkan bakat korang melalui gambar-gambar potret paling menawan. Nampak macam simple, tapi terpulang pada kreativiti korang untuk jadikan gambar tu lain dari yang lain. Ni contoh gambar yang korang boleh try.

Kalau nak jadikan gambar potret korang lebih unik, check out effect AI Colour Portrait pada OPPO Reno4 Pro ni. AI Colour Portrait ni mengekalkan warna pada subjek gambar dan menjadikan latar belakang gambar tu hitam dan putih. Baru lah menyerlah gambar korang tu dari yang lain. Contohnya macam gambar ni.

3. Clearly Your Best Creativity #RenoCreativeMoment

Kalau jenis ada otak kreatif, tema ni memang sesuai untuk korang. Mungkin landskap dan potret tu dah terlalu klise, jenis-jenis kreatif macam korang ni mesti nak ambil gambar rare kan. Kategori ni memang korang kena main dengan imaginasi yang tinggi. Editing pun kena power! Contohnya macam gambar kat bawah ni.

Kalau korang nak tau, OPPO Reno4 Pro juga dilengkapi dengan ciri kamera Ultra Clear 108MP Image yang boleh menghasilkan gambar yang menyerlahkan segala perincian dalam gambar korang dan menjadikannya lebih jelas. Jadi memang sesuailah kalau nak snap gambar-gambar yang kreatif kan.

4. Clearly Your Best Landscape #RenoLandscapeMoment

Macam biasalah, tema landskap ni antara yang paling senang nak buat. Gambar pemandangan sekeliling korang yang biasa-biasa pun boleh jadi cantik kalau korang pandai snap dan edit gambar tau. Cuba tengok contoh ni.

Untuk kategori ni, sudah tentu warna mainkan peranan penting kan. Kalau korang guna OPPO Reno4 Pro, ada ciri kamera yang dipanggil Dazzle Color yang akan menyerlahkan warna dalam gambar korang. So, tak perlu nak edit banyak-banyak pun. Snap je, terus dapat gambar cun, terus boleh hantar penyertaan!

Wow, jadi macamana nak join?

Senang je nak join, pulak tu tak bersyarat pun, pengguna OPPO boleh, bukan pengguna OPPO pun boleh. Layan je.

Untuk pengguna OPPO

Langkah 1: Ambil gambar berdasarkan tema yang korang pilih. Best nya, korang boleh pilih untuk buat lebih daripada satu tema.

Langkah 2: Gunakan apa-apa jenis smartphone OPPO yang korang guna. Masa ambil gambar tu, pastikan watermark OPPO digunakan.

Langkah 3: Upload gambar ke Instagram dengan 3 hashtag penting ni, iaitu #BeRENOgrapher hashtag tema yang dipilih, contohnya #RenoNightMoment dan hashtag model phone korang, contohnya #OPPOReno4Pro

Langkah 4: Pastikan Instagram korang tu ‘Public’ ye. Senang orang nak tengok.

Langkah 5: Hantarkan URL link post Instagram tu ke link ini (https://bit.ly/3kJwDiT) untuk pengesahan penyertaan.

Untuk bukan pengguna OPPO

Langkah 1: Ambil gambar berdasarkan tema yang korang pilih. Sama juga, korang boleh pilih untuk buat lebih daripada satu tema.

Langkah 2: Pastikan semua watermark jenama smartphone korang tu ditutup.

Langkah 3: Upload gambar ke Instagram dengan hashtag #BeRENOgrapher dan satu lagi hashtag tema yang dipilih, contohnya #RenoNightMoment.

Langkah 4: Pastikan Instagram korang tu ‘Public’ ye. 

Langkah 5: Hantarkan URL link post Instagram tu ke link ini (https://bit.ly/3nAadT0) untuk pengesahan penyertaan.

Hadiah apa yang dapat nanti?

Pemenang bertuah akan dipilih untuk menerima hadiah-hadiah hebat oleh OPPO ni. Nak tahu hadiah apa? Haa korang check out senarai hadiah kat bawah ni. Syok weh! Selain itu, paling best sekali, setiap peserta yang menyertai peraduan ‘Be A RENOgrapher’ ni akan menerima baucar OPPO berjumlah RM100. Boleh la shopping! So asalkan korang join je, confirm dapat baucar.

Dengan hanya bermodalkan RM0 beserta bakat yang tersendiri, korang sebenarnya boleh menang. Percayalah.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk join peraduan Be A RENOgrapher ini dan serlahkan bakat fotografi korang. Benda boleh show-off, buat apa simpan, kan?

Untuk pengetahuan korang juga, seramai 4 orang juri hebat akan menilai gambar-gambar korang tau. So, tak boleh lah buat cincai, kena lah buat bersungguh-sungguh kan. Selain itu, OPPO turut menjemput Alex Tan, Khairul Amin dan Heart Patrick untuk sesi Live di Facebook OPPO Malaysia dan mangajar korang beberapa tips penting untuk mengambil gambar yang cantik!

Barisan juri pun bukan yang calang-calang, semuanya hebat belaka! Jadi korang kena pastikan gambar penyertaan korang tu cukup hebat untuk menawan hati juri-juri ni. 

Tunggu apa lagi. Joinlah sekarang! Dah la hadiah memang cukup menarik, peserta boleh dapat baucar OPPO RM100 pulak tu. Mesti korang tak sabar nak join peraduan sambil shopping barangan OPPO kan. So sebarang maklumat lanjut, korang bolehlah roger-roger di link berikut.

Be A RENOgrapher: https://bit.ly/35JFQDK 

OPPO Reno4 Series: https://bit.ly/38RfNwm

OPPO Brand Store: https://bit.ly/3jcPJOB

OPPO Facebook: https://bit.ly/2RYejq4

OPPO Instagram: https://bit.ly/3i60EZ2

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'