Siakap Keli
Gambar Via Syarifudden

(Video) Hampir 7 Bulan Menganggur, Pemuda Bahagia Bercampur Sebak Gaji Pertama Dapat Belanja Mak Ayah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kehadiran ibu bapa di dalam hidup seseorang sememangnya tiada galang gantinya, pengorbanan mereka buat anak-anak sangat berharga sehingga sukar untuk diterjemah dengan kata-kata.

Bagi seorang anak pula, tiada yang lebih bermakna selain membalas jasa kedua ibu bapa, menjaga dan memberikan yang terbaik selagi mereka masih ada di dunia ini.

Perkongsian Syarifudden ini mungkin boleh membuka mata anak-anak diluar sana untuk lebih menghargai ibu bapa.

Melalui video yang dimuatnaik di laman Instagram, Syarifudden dilihat sedang memberikan kedua ibu bapanya gaji yang diperolehinya.

Menurutnya, itu bukan merupakan gaji pertamanya, dia telah melakukan pelbagai pekerjaan setelah tamat belajar di UITM namun dia tidak pernah berkongsi duit gaji tersebut dengan ayah dan ibunya.

Dengan keadaan pandemik yang masih tidak surut, Syarifudden bergelut mencari pekerjaan setelah kontrak pekerjaannya yang dulu telah tamat pada pertengahan bulan Februari.

Tujuh bulan menanti, dia diberi peluang untuk bekerja semula.

“Alhamdulillah , 15 hari kerja saya dapat gaji pertama jadi saya kongsi dengan orang tua saya,” katanya.

Dia berharap agar diberikan kesihatan yang baik untuk terus berbakti kepada ibu bapa.

Perkongsiannya itu telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata dari mereka memuji tindakan yang dilakukan oleh Syarifudden.

Sumber: Syarifudden

Sofea

There's always another side to every story