Siakap Keli

Jadi Tumpuan ‘Gamers’, Ini ‘Lubuk’ Jenama Esports Terkenal Dunia

Dalam keadaan dunia yang masih lagi bergelut dengan pandemik COVID-19, ia pastinya memberikan impak yang besar kepada pelbagai sektor ekonomi termasuk pelancongan.

Kebanyakan masyarakat di seluruh dunia masih lagi tidak boleh melancong ke negara lain bagi mengelak penularan jangkitan virus berbahaya tersebut. Tak dapat dinafikan bahawa orang ramai pastinya sudah rindu untuk pergi berjalan-jalan dan melancong ke luar negara termasuk di Taiwan yang mempunyai banyak tempat-tempat yang menarik.

Sebut mengenai Taiwan, korang tahu tak Esport di sana juga sememangnya berkembang dengan baik seiring dengan Esport di Malaysia.

Untuk pengetahuan korang, kebanyakan jenama Esports seperti Predator, ROG, MSI, Zowie, Zadak, Avermedia, Aorus, Cooler Master, In Win, Team Group, Thermaltake, Transcend dan XPG telah dibangunkan dari Taiwan.

Jom tengok apa yang menarik mengenai jenama-jenama ini!

Predator

Bagi yang masih tak tahu, Predator merupakan jenama gaming yang hadir dengan pelbagai peranti premium istimewa untuk hardcore gamers seperti siri model laptop Helios dan Triton yang sememangnya menjadi pilihan kebanyakan gamers.

 

Jenama ini juga telah memenangi beberapa anugerah dalam Taiwan Excellence Awards melalui beberapa produk iaitu Predator Helios 300, Predator Gaming Chair x OSIM dan Predator Galea 500.

MSI

Menjadi salah satu peneraju jenama gaming, MSI pula sentiasa mengorak langkah ke hadapan dengan menggabungkan prestasi ekstrim yang paling diinginkan oleh gamers, visual yang realistik, suara asli, kawalan tepat dan fungsi streaming yang lancar ke pelantar permainan.

Hadir dengan beberapa siri monitor, MSI baru-baru ini telah memperkenalkan Optix MAG274QRF-QD dengan teknologi terkini yang memberikan tindak balas masa empat kali lebih pantas dari panel IPS yang biasa.

Antara produk lain yang menjadi pilihan pengguna adalah Creator 17 laptop PC, GS66 Stealth gaming laptop PC dan MEG Aegis Ti5 HMI gaming desktop PC.

Zadak

Jenama ini cukup terkenal dengan penciptaan PC berpendingin air kelas atasan serta modul memori yang terbaik.

Korang pasti akan terpegun melihat SPARK RGB DDR4, MOAB II Elite Water Cooled PC Case, SPARK Pcie Gen 3X4 M.2 RGB SSD dan TWIST DDR4.

Kesemua produk Zadak hadir dengan pelbagai keistimewaan yang pastinya direka bagi memberi performance yang baik pada semua gamers.

AVerMedia

Berbeza pula dengan AVerMedia, ia dikenali sebagai peneraju audio dan video digital di dalam arena Esports.

Avermedia menyediakan peranti yang menghasilkan video definisi tinggi dan produk audio-visual real-time.

Salah satu produk yang disediakan oleh jenama ini adalah Live Gamer MINI yang mempunyai game capture card yang mampu untuk merakam video dengan 1080p HD pada 60 fps. Ia menjadi solusi terbaik buat gamers yang ingin merakam permainan mereka tanpa memberi impak kepada prestasi CPU.

Aorus

Menyediakan produk gaming dengan spektrum penuh iaitu dari laptop, motherboards, kad grafik, keyboards mekanikal dan perkakasan dan gears, Aorus menawarkan pengalaman gaming paling ekstrem untuk gamers di seluruh dunia.

Antara produk yang menjadi perhatian adalah siri Aorus Professional Gaming Laptop, Aorus XTREME GAMING Motherboard dan Aorus GeForce RTX 30 Series.

Cooler Master

Tidak kurang hebatnya, Cooler Master sentiasa menawarkan produk berdasarkan komponen yang mewakili keperibadian berbeza bagi peminat PC.

Melalui penyertaan di dalam Taiwan Excellence Awards, mereka telah menonjolkan beberapa komponen penting melalui produk seperti WAVE, Sirus Gaming Headset, USNA 95, V6GT CPU Air Cooler dan CPU Cooler.

Transcend

Jenama ini hadir dengan lebih dari 2000 produk termasuk semua jenis modul memori, kad memori flash, USB, external hard drives, solid state drives dan produk kelas industri.

Produk dari Transcend mempunyai pelbagai variasi dan kelebihan yang mungkin tiada pada jenama lain seperti StoreJet 25M3C yang memenuhi standard drop-test ketenteraan AS dengan sistem perlindungan kejutan tiga peringkatnya, ia menawarkan kadar pemindahan yang tidak dapat ditangani.

Korang juga perlu memberi perhatian kepada Transcend MTE220S dengan  kelajuan pemindahan 3,500 MB/s baca dan 2,800 MB/s tulis.

XPG

Turut menyediakan pelbagai jenis produk, XPG sentiasa hadir dengan produk yang berprestasi tinggi buat gamers, esports pros dan penggiat teknologi.

Antara produk yang mendapat perhatian adalah DDR4 DRAM Module yang mementingkan kelajuan pemindahan dan pengurangan penggunaan tenaga.

 

Selain itu, korang juga boleh bermain games dengan lancar apabila menggunakan M.2 2280 Solid State Drive yang fokus kepada kelajuan yang tidak terkawal.

Jadi tumpuan dalam setiap pertandingan Taiwan Excellence

Kesemua jenama ini berperanan penting dalam arena Esports dunia dengan pelbagai pertandingan yang boleh mengasah bakat pemain-pemain.

Taiwan Excellence Intercollege Battleground 2018 dan Taiwan Excellence Esports Cup 2019 menjadi platform bagi bakat-bakat muda di Malaysia untuk menyerlahkan minat mereka di peringkat global. Pertandingan dengan pelbagai acara lain yang menarik ini pastinya menjadi perhatian ramai khususnya buat ‘kaki’ gaming di negara ini.

Tidak cuma itu, Taiwan Excellence juga mempunyai kedai yang terdapat di Mesa Mall, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan yang pastinya dipenuhi dengan peranti serta aksesori gaming. Bila PKPB dah tamat nanti, boleh la korang serbu dan banjiri kedai tersebut.

Sofea

There's always another side to every story