Syarikat penerbangan swasta di Pakistan iaitu AirSial mengumumkan akan memulakan penerbangan pertamanya pada pertengahan bulan ini.
Kapal terbang jenis Airbus A320 itu telah mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah, Karachi dari Arizona, Amerika Syarikat pada Ahad baru-baru ini.
Merujuk laporan Profit, pelancaran itu sepatutnya dijadualkan pada Jun lepas, namun terpaksa ditangguhkan berikutan pandemik COVID-19 serta sekatan laluan udara pada ketika itu.
Difahamkan, pada peringkat permulaan operasinya bergantung pada tiga jenis Airbus A320-200s yang disewa daripada Aercap – sebuah syarikat penyewaan pesawat bebas terbesar di dunia yang berpusat di Dublin, Ireland.
Kapal terbang itu didaftarkan sebagai AP-BOA dalam perkhidmatannya.
Bagaimanapun lokasi lapangan terbang bagi penerbangan pertamanya itu nanti belum lagi diputuskan setakat ini, merujuk laporan itu lagi.
Apa itu AirSial?
Perkataan AirSial mungkin agak unik dan ‘janggal’ didengari sebagai nama rasmi memandangkan ia adalah istilah yang kurang sopan dalam komunikasi masyarakat di Malaysia.
Namun hakikatnya, nama Air Sial itu sendiri diambil dari sebuah bandar di wilayah Punjab, Pakistan iaitu bandar Sialkot – salah sebuah pusat perindustrian di negara tersebut.
Dengan keluasan kira-kira 102 kilometer persegi, bandar Sialkot menempatkan kira-kira lebih 655,000 penduduk setakat ini.
Merujuk kepada Centre of Aviation, syarikat penerbangan AirSial ini diasaskan dan dibangunkan oleh komuniti tempatan dari bandar Sialkot, sebagai usaha menambah baik perkhidmatan laluan udara di negara itu, khususnya di bandar tersebut.
Syarikat ini diselia di bawah Dewan Perdagangan dan Perindustrian Sialkot dengan modal pelaburan kira-kira sebanyak RM81 juta sebelum memulakan operasinya sejak Ogos 2015 lalu.
Difahamkan, segalanya bermula selepas kejayaan pihak kerajaan membangunkan Lapangan Terbang Antarabangsa Sialkot (Sialkot International Airport Ltd. – SIAL).
Selain menjalankan perkhidmatan penerbangan penumpang, AirSial juga dilaporkan turut menyediakan khidmat kargo sebagai kemudahan logistik awam.
Exclusive: First aircraft for new-Pakistani airline, Air Sial, is on it's way from Goodyear, Arizona to Karachi, Pakistan.
The first of three Airbus A320-232 [AP-BOA, ex JTN275] first heading to Portsmouth as per @flightradar24 below.
📷 via @JTTsteve Steve Giordano pic.twitter.com/TiXr3pakxT
— Mohammed Firaas | 🇬🇧🇵🇰✈ (@raisinganchor) November 27, 2020
Sumber: Profitpakistan, Geo.tv, Simpleflying