Siakap Keli
Gambar via @sugaglidder (twitter)

(Video) Gelagat Kucing Kena “Prank” Dengan Patung Harimau Oleh Tuannya, Bikin Ramai Terhibur

Harimau adalah salah satu haiwan liar yang ditakuti oleh masyarakat bahkan haiwan kerana boleh mengancam nyawa dan mencederakan mangsa. Namun, semakin ramai yang mengambil kesempatan untuk menakutkan haiwan dengan menggunakan patung harimau. Jelas dilihat bahawa haiwan bernama harimau sangat ditakuti oleh mana-mana makhluk di bumi.

Terbaharu, tular di laman Twitter sebuah video menyaksikan seekor kucing yang diprank dengan menggunakan sebuah patung harimau. Menurut video yang dimuat naik oleh pengguna Twitter @sugaglidder, pada awalnya kucing tersebut sedang bersantai bersama tuannya.

Pada masa yang sama, seseorang telah mengeluarkan patung harimau dan meletakkannya di tepi kucing tersebut. Suasana yang awalnya ceria kini bertukar huru-hara apabila kucing tersebut terkejut dan bertindak seakan-akan ingin melawan patung harimau tersebut.

Walau begitu, video tersebut menjadi tumpuan warganet dan berjaya meraih lebih 837K tontonan serta sebanyak 55.6K tanda suka di akaun Twitter tersebut. Warganet yang melihat video itu tidak ingin melepaskan peluang untuk memberi respon berkenaan video tersebut.

Rata-ratanya memberi respon yang mencuit hati dan ada juga yang kasihan melihat kucing tersebut diperlakukan oleh tuannya.

Sumber: Sugaglidder (twitter)

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia