Siakap Keli

(Video) “Bye Mak…”, Anak Tak Dapat Tahan Sebak, Ambulans Datang Jemput Ibu Disahkan Positif COVID-19

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Penularan jangkitan COVID-19 di negara ini masih lagi tidak menunjukkan tanda-tanda untuk pulih sepenuhnya.

Sesiapa sahaja boleh dijangkiti virus berbahaya tersebut tanpa disedari.

Bagi sesiapa yang pernah mengalami keadaan di mana ahli keluarga dijangkiti COVID-19, anda pasti tahu bagaimana perasaan yang perlu dihadapi ketika itu.

Sama dengan Fazyana yang berkongsi detik-detik ketika ibunya dijemput petugas kesihatan kerana positif COVID-19.

Menerusi beberapa video yang dimuatnaik di TikTok, Fazyana pada Jumaat lalu mengatakan bahawa dia baru sahaja mendapat berita tidak baik iaitu ibunya telah disahkan positif COVID-19.

@fazyana_fc_ttglbc

mtk maaf sngt² … sbb xtaw .. 😫😭#selangor #foryoupage #anak🐘dimana2 #fypシ #fyp #sepesen #covid19 #tiktok_malaysia_viral

♬ original sound – 🎧🐊HOWOX’Z🐊🥁🎸🎶🎻🎼🎷 – 🎧🐊HOWOX’Z🐊🥁🎸🎶🎻🎼🎷

Menurutnya, seluruh ahli keluarganya juga perlu menjalani saringan.

Video yang memaparkan ibunya ketika dijemput ambulans menjadi perhatian ramai kerana suasana sebak yang menyelubungi ketika ibunya mengucapkan selamat tinggal.

@fazyana_fc_ttglbc

sebak weyyy … 😭😭😭 #anak🐘dimana2 #fans_crew #adyana #sepesen #covid19 #tiktok_malaysia_viral #fyp #fypシ

♬ bunyi asal – FaZyaNa(FC/TTGBLC) – FaZyaNa(FC/TTGBLC)

Dalam satu video lain pula, Fazyana dan ahli keluarga sedang menunggu untuk membuat saringan.

@fazyana_fc_ttglbc

Ri ni kami bt saringan … doa an kesihatan kami … 🙏🙏🙏😢😢#anak🐘dimana2 #sepesen #adyana #covid19 #tiktok_malaysia_viral #fypシ #fyp #kualaslngr

♬ mere humsafar – Riez Felisya

Ditanya mengenai keadaan ibunya, Fazyana berkata bahawa ibunya kini berada dalam keadaan baik di hospital manakala dia dan ahli keluarga yang lain kini menjalani kuarantin dan sedang menunggu keputusan saringan.

Sumber: Fazyana

Sofea

There's always another side to every story