Siakap Keli
Gambar: Daily star

(Video) Merisaukan, Ular Ditemukan Dalam Bilik Bayi, Dipercayai Ular Kedua Paling Berbisa Di Dunia

Pakar reptilia yang menerima panggilan berkenaan terdapat ular memasuki bilik tidur seorang kanak-kanak di Flinders View, Queensland, terkejut apabila mendapati bahawa ianya adalah salah satu ular yang paling merbahaya di dunia, lapor daily star.

‘Brown snake’ adalah merupakan ular darat kedua paling berbisa di dunia. Gigitannya boleh menyebabkan pendarahan melampau dan kegagalan jantung.

Berasal daripada timur dan tengah Australia, ‘brown snakes’ ini bertanggungjawab untuk 41% mangsa gigitan ular yang dikenal pasti di Australia di antara tahun 2005 dan 2015, serta untuk 15 daripada 19 kematian akibat gigitan ular dalam tempoh yang sama.

Penangkap ular Ipswich & Logan berkongsikan sebuah video ke Facebook mereka yang menunjukkan haiwan berpotensi mematikan itu mengelilingi sekitar bilik tersebut sebelum mereka berjaya menangkapnya dan mengembalikannya ke habitat asalnya.

Dengan menyiarkan video tersebut ke laman Facebook mereka, mereka turut menjelaskan bahawa ular sering menyelinap masuk ke rumah melalui pintu dan tingkap terbuka, tetapi kadang-kadang juga ia boleh masuk melalui ruangan kecil, misalnya di pintu garaj. Dalam sesetengah kes, haiwan terbabit dibawa masuk oleh haiwan peliharaan.

Sumber: Daily Star

Aqmal Ezany

I write what is right