Siakap Keli
Gambar via USA Today

(Video) Detik-detik Mendebarkan Pesawat Mendarat Cemas Di Lebuh Raya

Saat mendebarkan apabila sebuah pesawat kecil melakukan pendaratan cemas di lebuh raya Minnesota dan merempuh kenderaan lain dirakam oleh cctv lebuhraya.

Minnesota State Patrol mendedahkan dalam laporan mengenai kejadian bahawa nahas itu berlaku tepat sebelum jam 9:30 pada hari Rabu malam.

Klip rakaman yang dikongsikan oleh The Independent di Twitter itu menunjukkan sebuah pesawat jenis Bellanca Viking membuat pendaratan kecemasan yang disyaki mendarat di lebuhraya Twin Cities malam ini kerana kerosakan pada enjin.

Pasukan keselamatan negara bertindak pantas ke tempat kejadian setelah menerima laporan sebuah pesawat membuat “pendaratan yang tidak dijangka” di I-35W Arden Hills, sebuah bandar di Ramsey County, Minnesota.

Gambar via USA Today

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional akan menyiasat kejadian itu, Elizabeth Cory, jurucakap FAA, memberikan kenyataan kepada USA Today .

Jacob Loesch, jurucakap Jabatan Perhubungan Minnesota, memberitahu Usa Today bahawa jalan ditutup selama beberapa jam untuk melakukan pembersihan di tempat kejadian dan jalan raya itu telah dibuka semula pada hari Khamis pagi.

Sehingga kini, pihak polis telah melakukan siasatan terperinci dan memberitahu bahawa tiada kecederaan dilaporkan.

Sumber  :  The Independent, USA Today 

Aziezzan