Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Mulanya Tenang, Doktor Kongsi Detik Cemas Ketika Tiub Pernafasan Pesakit Tersumbat

Doktor Kongsi Detik Cemas
Kredit: Ilman Razak via Facebook
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Mulanya Tenang, Doktor Kongsi Detik Cemas Ketika Tiub Pernafasan Pesakit Tersumbat

Di hospital, setiap zon mempunyai ritma dan denyutnya yang tersendiri. Zon Kuning sering dikaitkan dengan keadaan yang stabil tetapi tetap memerlukan perhatian rapi, di mana aliran kerja berjalan dalam suasana terkawal dan teratur.

Dari hari ke hari, ia membentuk satu rutin yang konsisten, cukup sibuk untuk terus bergerak tetapi cukup tenang untuk terasa biasa.

Namun, ada hari hari tertentu apabila suasana itu mula terasa berulang.

Segala yang berlaku seakan mengikuti pola yang sama, seolah-olah masa bergerak tanpa kejutan.

Tanpa sedar, langkah mula tertarik ke ruang yang berbeza, ke zon yang membawa makna dan intensiti yang jauh lebih besar daripada sekadar rutin harian.

Menerusi perkongsian seorang doktor perubatan kecemasan, Ilman Razak di Facebook, beliau berkongsi pengalaman yang tidak dijangka apabila suasana kerja yang sebelum ini tenang tiba-tiba berubah menjadi cemas.

Dalam masa yang sama, setiap saat menjadi semakin genting apabila tindakan pantas diperlukan bagi memastikan nyawa pesakit terus diselamatkan. Ikuti perkongsiannya di bawah ini.

Suasana "bosan" bertukar cemas

Baru-baru ini, saya merasa bosan dengan kes-kes di Zon Kuning. Entah kenapa, terasa dahagakan deruan adrenalin.

Hari itu, Zon Kuning terlalu tenang. Bukanlah tidak sibuk, cuma terasa terlalu rutin. Jadi saya berjalan masuk ke Zon Merah.

Kononnya mencari adrenalin yang ditagih.

Masuk sahaja ke Zon Merah, di kubikel 3 terlihat seorang pemuda sedang cuba dibantu nafasnya dengan mesin melalui tracheostomy.

Duduknya tegak, tetapi condong dadanya rapat ke hadapan. Wajahnya terlihat sangat cemas, bulat matanya. Peluh mengalir lencun membasahi dari atas kepala sehingga ke seluruh tubuhnya. Pakaian hospital yang dipakai separuh, basah.

Nafasnya cuba ditarik, tapi gagal.

Dadanya langsung tidak bergerak mengikut tarikan nafasnya.

Pegawai perubatan yang sedang berada di sisi pesakit itu saling tak beza pun raut wajah mereka. Cemas. Dua-dua tampak lemas.

Saya segerakan langkah merapati pesakit tersebut. Stetoskop ditekap pada dadanya, cuba mendengar bunyi paru-paru.

Tiada. Tiada langsung bunyi aliran udara keluar dan masuk.

Basah. Tubuhnya semakin basah dengan peluh.

Saturasi oksigen semakin menjunam turun.

88%

..84%

.....76%

.......72%

Tiub trakeostomi pesakit tersumbat

Ah. Blocked tracheostomy ni..

Pesakit ini baru menjalani tracheostomy kira-kira sebulan sebelumnya kerana prolonged ventilation. Jadi secara teori, stoma sepatutnya sudah matang.

Kami cuba pakaikan topeng NIV untuk ventilate dari atas.

Sama juga. Tiada chest rise. Tiada air entry.

Saya capai gunting dan potong tali yang mengikat tracheostomy tube tersebut.

Dalam kepala saya, saya sudah hampir pasti. Tiub yang tersumbat ini perlu dikeluarkan.

Tapi sebelum saya sempat cabut, rakan sekerja saya menahan.

“What’s your backup plan?”

Saya terdiam. Dalam menangani airway emergency, knowing the problem is only half of the job.

The other half is knowing what you will do if your first plan fails.

Ah sudah. Saya pula jadi ragu-ragu dengan diri sendiri.

ENT sedang dalam perjalanan. Anaesthesia juga sudah dipanggil.

Beberapa minit itu terasa sangat panjang. Lelah menunggunya.

Akhirnya ENT tiba. Flexible scope dimasukkan melalui tracheostomy tube.

Memang benar. Complete occlusion.

Lumen tiub itu tersumbat sepenuhnya.

Percubaan dibuat untuk memasukkan bougie tidak berjaya.

SpO2.. 58%!

Ah! Tekad. Keputusan dibuat.

ENT putuskan untuk cabut sahaja.

Tukar tracheostomy tube baru.

Sebaik sahaja tube baru dimasukkan, ventilation kembali.

Barulah mula dadanya berombak.

SpO2 perlahan-lahan naik semula.

Puncanya?

Blood clot sepanjang kira-kira 2 hingga 3 cm memenuhi lumen tracheostomy tube.

Satu ketulan kecil. Tetapi cukup untuk memisahkan seseorang daripada udara.

Hari itu saya belajar sesuatu.

Jika pesakit tracheostomy tiba-tiba tidak boleh bernafas, fikir perkara yang boleh membunuh dengan cepat:

  • Blocked tube.

  • Displaced tube.

  • Bleeding.

  • Pneumothorax.

  • Equipment failure.

Semasa castER baru-baru ini, salah satu topik yang dibincangkan adalah perihal ini. Apa yang perlu dilakukan?

Perkara pertama, panggil bantuan awal.

Kedua. Berikan oksigen melalui atas (mulut/hidung) dan stoma.

Ketiga. Tanggalkan speaking valve atau cap jika ada.

Keempat. Periksa inner cannula. Kalau ada, keluarkan.

Kelima. Cuba suction catheter. Kalau catheter tidak boleh masuk, anggap tiub tersumbat atau displaced sehingga dibuktikan sebaliknya. Jangan cuba jolok dengan sesuatu yang keras.

Keenam. Deflate cuff jika perlu.

Cuba ventilate dan lihat chest rise, air entry, serta capnography jika ada.

Kalau tube obstructed atau displaced dan pesakit sedang crashing, tube itu perlu dikeluarkan.

Tetapi sebelum cabut, pastikan ada jawapan untuk soalan berikut:

  • Apa backup plan aku?

  • Boleh ventilate dari atas?

  • Boleh ventilate melalui stoma?

  • Stoma mature atau fresh?

  • Ada tube saiz sama?

  • Ada tube satu saiz lebih kecil?

  • Ada bougie?

  • Ada suction?

  • Ada orang yang boleh bantu?

Saya masuk Zon Merah hari itu kerana dahagakan adrenaline rush.

Saya keluar dengan rasa penuh kerendahan diri.

Suka bacaan sebegini?

Bayangkan ia disusun sehingga menjadi sebuah novel. Ya, saya ada tulis sebuah novel perubatan yang sarat dengan kisah di Jabatan Kecemasan.

Jika minat, marilah jadi antara pembaca terawal karya saya; Adrenalin: Ceritera di Sebalik Pintu ED.