Siakap Keli
Gambar: The Sun

(Video) Merisaukan, Ular Dirakam Sedang ‘Mengintai’ Dari Dalam Mangkuk Dipercayai Di Tandas Awam

Seekor ular besar dilaporkan telah ditemui dalam sebuah tandas oleh seorang pengguna sebelum hilang kembali di dalam mangkuk tandas tersebut.

Video tersebut dilaporkan dirakamkan di Singapura. Pengguna media sosial yang melihat rakaman itu mendakwa bahawa tandas tersebut berkemungkinan berada di Pasir Ris Park.

Pun begitu, wakil daripada Pasir Ris Park menegaskan bahawa video tersebut tidak menunjukkan bahawa ianya adalah taman tersebut walaupun pengguna media sosial menyatakan sebaliknya, menurut media tempatan.

Klip rakaman itu menunjukkan seekor ular hitam besar di dalam mangkuk tandas sebelum menghilangkan diri ke dalam mangkuk tandas itu semula.

Video tersebut telah menjadi tular dan difahamkan telah mendapat lebih 80,000 kali perkongsian di Facebook.

Sumber: The Sun

Aqmal Ezany

I write what is right