Siakap Keli

(Video) Ikuti Siaran Langsung Gerhana Matahari Di Chile, Fenomena Gerhana Terakhir Tahun Ini

Selepas pancuran meteor geminids, sebahagian tempat di dunia hari ini pula dapat menyaksikan detik-detik gerhana matahari penuh.

Gerhana matahari berlaku ketika bulan kelihatan melintas di depan matahari seperti yang dilihat dari bumi.

Ketika ia berbaris tepat, bulan menutupi seluruh matahari dan menyebabkan gerhana penuh, sementara pada waktu lain hanya menutupi sebahagian dari matahari dalam gerhana separa. Tidak ada gerhana matahari setiap bulan kerana orbit bulan dicondongkan dengan matahari dan tidak selalu selari dengan bintang.

Menerusi live streaming yang dimuatnaik di Facebook Daily Mail, orang ramai di Chile dapat menyaksikan dan merasai fenomena itu.

Mereka dapat menyaksikan perubahan dari suasana langit  yang cerah sehingga bertukar menjadi gelap.

Menjadi fenomena gerhana matahari yang terakhir pada tahun ini, ia boleh disaksikan di Pasifik Selatan, Chile, Argentina dan Lautan Atlantik Selatan, lapor Space.com.

Ikuti live streaming di bawah ini untuk melihat fenomena gerhana matahari tersebut.

 

Sumber: Daily Mail, Space.com

Sofea

There's always another side to every story