Siakap Keli

Rahsia ‘Tarik Sales’ Enam Bulan Boleh Capai RM1,000,000 Yang Ramai ‘Founder’ Ikut

Walaupun tahun 2020 tidak seperti yang diharapkan, namun ia bukanlah alasan untuk berputus asa dan terus mengalah. Mungkin ada di luar sana tidak putus doa agar tidak dibuang kerja serta mengharapkan jualan perniagaan ‘meroket’ seperti sebelum pandemik menyerang.

Beberapa hari sahaja lagi tahun 2021 akan tiba. Pastinya yang baru sahaja memulakan perniagaan atau yang sudah lama berniaga mengimpikan sesuatu yang drastik tahun hadapan. Sesuatu yang bakal mengubah hidup.

RichWorks Bimbing 777 Usahawan Jana Jualan RM2 bilion Tahun 2020

Meskipun dalam keadaan krisis kesihatan dan ekonomi yang berlaku, seramai 777 usahawan terdiri daripada perusahaan kecil & sederhana (PKS) dalam dan luar negara yang mengikuti Program Mentoring RichWorks telah menjana jualan lebih RM2 bilion pada tahun ini.

Usahawan PKS yang terdiri daripada Program Mentoring Spire dengan 466 usahawan dan Titanium dengan 311 usahawan menyaksikan peningkatan keseluruhan nilai jualan sekitar 10 peratus berbanding tahun lalu. 

Daripada RM2 bilion nilai jualan keseluruhan itu, Spire mencatatkan jualan sebanyak RM211 juta iaitu kenaikan 17.5 peratus pada tahun 2020 berbanding RM155 juta pada tahun 2019. 

Bagi Titanium pula mencatatkan kenaikan 9 peratus iaitu RM1.8 bilion jualan tahun ini berbanding RM1.5 bilion pada tahun 2019. 

Kenaikan ini menunjukkan bahawa hasil latihan dan bimbingan disediakan RichWorks terbukti dapat membantu usahawan-usahawan agar bisnes terus berkembang dan menyaksikan peningkatan jualan walaupun dalam apa jua keadaan. 

Mentoring Spire selama 12 bulan ini merupakan program bimbingan usahawan untuk membantu mencapai jualan perniagaan sehingga RM1 juta dalam tempoh 6 bulan hingga 1 tahun. 

Apatah lagi, setakat hari ini saja seramai 207 usahawan yang menyertai Spire telah pun mencapai RM1 juta pertama mereka. 

Bagi Program Mentoring Titanium, ia juga selama 12 bulan yang mana mereka bukan saja mendapat ilmu dan bimbingan daripada MenThor, Datuk Wira Dr. Azizan Osman malah mendapatkan kepastian dalam membuat keputusan. 

Program Virtual Online Kuasai Marketing 2021 – Formula Zero Kos Marketing

Bagi membantu lebih ramai lagi usahawan-usahawan di luar sana menjana jualan lebih RM1,000,000, RichWorks kali ini bakal mengadakan ‘training’ khas secara atas talian yang berlangsung selama tiga (3) hari demi menolong anda semua step-up diri dengan strategi pemasaran dalam bisnes mereka untuk pembuka tahun 2021 yang luar biasa. 

RichWorks bimbing lebih 1,100,000 usahawan ubah hidup

Selama 12 tahun beroperasi, RichWorks telah membantu hidup dan bisnes lebih 1.1 juta usahawan dengan latihan dan didikan yang luar biasa.

“Perjuangan kami selama 12 tahun dalam melatih dan membimbing PKS terbukti dalam membina usahawan daripada Zero to Million! Dan kami teruskan perjuangan ini dengan Program Kuasai Marketing 2021 – Formula Zero Kos Marketing ini.

Kami percaya peluang sentiasa ada untuk usahawan atau bakal usahawan di Malaysia untuk bangkit berniaga dan step-up untuk tahun 2021 dengan menggunakan teknik pemasaran yang betul dan seterusnya dapat lonjakan jualan dan bisnes mereka berkali-kali ganda. 

“Dengan ini, RichWorks International bersama Pengasas Datuk Wira Dr. Azizan Osman ingin bantu mereka yang bergelar usahawan atau bakal usahawan yang komited untuk Formula Gandakan Sales serta pendapatan mereka bermula dari ZERO sebab misi kami adalah melahirkan lebih ramai Usahawan Jutawan bermula dari Zero ke Million untuk tahun 2021. 

“Sejak COVID-19 melanda, RichWorks sebagai syarikat peneraju dalam syarikat latihan dan bimbingan keusahawanan terbesar di Malaysia telah membimbing lebih 400,000 ribu usahawan dengan penganjuran program keusahawanan secara virtual online dan ditaja sepenuhnya oleh RichWorks International. 

“Inisiatif ini untuk bantu mereka yang terkesan dengan krisis pandemik seperti COVID-19 serta sepanjang Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan oleh pihak kerajaan Malaysia tahun ini. Kami telah bantu ramai usahawan untuk mula berniaga dan usahawan-usahawan yang terkesan untuk selamatkan perniagaan mereka.

Nak Kuasai Marketing 2021?”

Berapa banyak Zero ‘0’ yang nak di-GANDAKAN? 

Ingat lagi sales pernah RM0? 

Ingat lagi sales bila capai RM100 yang pertama? 

Ingat lagi perasaan capai sales RM1,000 yang pertama? 

Dah lupa perasaan capai RM10,000 yang pertama? 

Dah pernah capai RM100,000 pertama dan pernah jatuh? 

Dah capai RM 1 juta yang pertama? 

What’s Next? 

Ilmu pemasaran berubah, pasaran berubah, dan di RichWorks, kami sentiasa percaya dengan RESULTS sebab Result Matters. 

Kami nak bantu usahawan dan bakal usahawan yang KOMITED dan SERIUS, nak kan Formula GANDAKAN ZERO ‘0’ dalam Sales. 

Peluang terakhir sebelum tahun 2021. 

RichWorks nak taja 3,000 pendaftaran terawal 100% adalah PERCUMA.

Layari www.zerokosmarketing.com untuk info lanjut SEKARANG dan kongsikan peluang ini kepada 10 rakan-rakan yang lain.

MAKLUMAT PROGRAM 

PROGRAM KUASAI MARKETING 2021 – FORMULA ZERO KOS MARKETING 

Tarikh : 25 – 27 Disember 2020 (Jumaat – Ahad) 

Masa : 9:00 pagi – 6:00 petang 

Tempat : Aplikasi Zoom Webinar

Nur Farra