Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

(Video) Terpisah Dari Kumpulan, Detik-Detik Singa Ini ‘Dibelasah’ Dan Dilambung Kerbau Bagi Pertahankan Diri

Seekor singa betina maut selepas dipijak dengan sekawanan kerbau di Afrika Selatan, lapor Daily Mail.

Singa tersebut difahamkan terpisah daripada kumpulannya yang lain dan terperangkap diantara satu kawanan kerbau yang banyak berdekatan dengan kawasan sungai di Kruger National Park.

Naluri mempertahankan diri kerbau tersebut telah membuatkan mereka mula menyerang singa betina itu menggunakan tanduk mereka di hadapan Danica Roux yang berusia 28 tahun bersama keluarganya ketika mereka berkunjung ke kawasan tersebut pada Sabtu lalu.

Debu mula kelihatan selepas haiwan tersebut dipercayai memijak-mijak singa itu sebelum singa itu kelihatan dilambungkan oleh kerbau berkenaan menggunakan tanduk mereka.

Roux memaklumkan kepada LatestSightings.com: “Kami baru hendak pergi ketika kami terdengar suasana riuh dalam kawanan tersebut.

“Saya nampak seekor singa betina telah dikejar dan sudah tentu saya berasa bertuah kerana dapat menyaksikan kejadian itu.

“Keterujaan saya dengan cepat berubah menjadi kebingungan dan terkejut apabila saya menyedari apa yang sedang berlaku di depan mata saya.

“Singa betina yang malang itu telah terperangkap di dalam kawanan kerbau yang sangat banyak.

“Naluri kelangsungan hidup kerbau itu telah menyebabkan singa tersebut dicampak-campak seakan ringan sahaja.”

Badan singa betina itu akhirnya dilemparkan berdekatan kawasan air itu.

“Kami semua benar-benar terkejut dan sedih dengan kejadian itu,” kata cik Roux.

Singa biasanya memburu mangsanya, seperti kerbau, zebra dan antelop secara berkumpulan.

Tidak jelas berkenaan bagaimana singa itu boleh terperangkap di tengah-tengah kawanan tersebut.

Singa biasanya akan memilih mangsa yang lemah daripada terus masuk ke kawanan seperti yang dilakukan singa ini.

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right