Siakap Keli
Gambar via Dailymail

Wanita Ditahan Polis, ‘Kenderaan’ Dirampas Selepas Memandu Kereta Mainan Di Tengah Jalan Raya

Seorang wanita di selatan China terakam oleh kamera kerana memandu sebuah kereta mainan di persimpangan jalan yang sibuk sebelum ditahan oleh pihak polis.

Wanita itu dilihat menaiki kenderaan yang dihiasi dengan lampu neon berwarna merah jambu dan malah membuat pusingan pantas di persimpangan di bandar Quanzhou, pada hari Isnin.

Pemandu itu yang dikenali oleh pegawai polis sebagai ‘auntie’, mendakwa dia berusaha untuk menjimatkan masa dengan mengangkut replika mainan tersebut ke taman permainan untuk disewakan kepada kanak-kanak.

Wanita itu bekerja di sebuah kedai mainan yang menyewakan kereta mainan kepada kanak-kanak di sebuah taman permainan, kata media tempatan.

Pada petang Isnin, wanita itu diperintahkan oleh majikannya untuk membawa replika kereta mainan berwarna merah jambu itu dari kedai ke taman.

Daripada berjalan kaki, dia memutuskan untuk memandu sendiri ke destinasi dituju dengan kereta mainan itu.

Tetapi kegembiraannya terhenti apabila dia dilihat dan ditahan oleh polis trafik yang bekerja pada masa itu.

Dalam rakaman CCTV yang dikeluarkan oleh polis tempatan, kereta mainan dengan lampu merah jambu yang menyala dapat dilihat bergerak di sepanjang jalan dengan lalu lintas yang sibuk sebelum membuat belokan kanan di persimpangan.

Gambar via Dailymail

Para petugas menegur ‘Auntie’ kerana tindakan untuk menjimatkan masanya itu sebelum menyita mainan tersebut, menurut unggahan media sosial pihak polis.

Sumber : Dailymail

Aziezzan