Siakap Keli
Gambar : Bobieboo

(Video) Seakan Tak Kisah, Ibu Kucing ‘Relakan’ Anaknya Untuk Dimasak, Siap Masukkan Dalam Kuali

Perangai si ibu kucing selepas melahirkan anak akan berubah menjadi agak ‘garang’ kerana keutamaannya adalah untuk melindungi sebaik mungkin anak-anaknya dan senantiasa dalam keadaan berjaga-jaga terhadap sebarang ancaman.

Namun, menjadi kehairanan dalam sebuah video Tiktok milik @bobieooo, dimana si ibu kucing ‘merelakan’ anaknya untuk dimasak sebagai menu seakan tidak kisah akan anaknya itu.

Dalam video yang berdurasi 21 saat itu menunjukkan seekor ibu kucing berwarna putih melihat hirisan bawang yang berada di dalam kuali tuannya, kemudian dia membawa seekor anaknya berwarna putih dengan pantas, lantas tuannya meletakkan semula anak kucing itu ke dalam kotak. Ibu kucing yang seaakan tidak berpuas hati membawa seekor lagi anaknya yang lebih ‘gemuk’ berwarna coklat dan meletakkan ke dalam kuali sekali lagi.

@bobieooo

My cat always want to add some meat to my dishes😹 Even donate her children#petlove #cat #kitty #kittens #cats

♬ Get Low – DJ Snake;Dillon Francis

Sehingga kini, video tiktok itu mendapat ribuan tanda suka dan pelbagai komen lucu dari warganet yang rata-rata terhibur.

Sumber : Tiktok

Aziezzan