Siakap Keli
Gambar: Muhammad Nazri

(Video) “Tekad Nak Kurus Sebab Pening, Sukar Bernafas,” Lelaki Ini Kongsi ‘Rahsia’ Berjaya Turun Berat Badan 70kg

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Umum telah mengetahui bahawa untuk menurunkan berat badan, bukanlah suatu perkara yang senang.

Tiada jalan pintas untuknya. Hanya keazaman, disiplin yang tinggi serta amalan gaya hidup sihat sahaja yang boleh membantu kita untuk menurunkan berat badan.

Seperti seorang pengguna Facebook bernama Muhammad Nazri ini, dia berjaya menurunkan berat badannya daripada 163kg ke 93kg dengan mengamalkan beberapa perkara.

Untuk mengetahui kisahnya serta caranya menurunkan berat badan, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Journey dari 163KG to 93KG (1 Jan 2020 – 31 Dec 2020)

Orang selalu tanya, “macam mana hang boleh dari obese sampai jadi cam sekarang?”, “makan ubat apa?”, “Nazri hang sakit ka?”, “apa tips hang?”

Jawapannya – Dedikasi dan Disiplin. Tu ja yang penting, berapa kali dah cuba untuk kurus, 2015 dah cuba, 2018 dah cuba. Semua tak menjadi. Why? Sebab takda dedikasi dan disiplin tu lah. But maybe, tahun ni dah cecah umur 25 jugak, mungkin ianya jadi sebagai pembakar semangat untuk kurus ni. Tiada supplement di ambil sepanjang process nak kurus ni, Cuma makan Vitamin C dengan harapan nak dapat kulit lebih cerah, but macam takda hasil pon.

Macam mana boleh tekad nak kurus ni adalah sebab selalu rasa pening-pening kepala, sukar bernafas, maklumlah masa tu gemuk dan of course tahap kolestrol tu tinggi.

Lagipun dah start new year, so new year new me gitu ha. So tengok-tengok kat shopee, beli lah sebijik gerek RM 400. Gerek tu seller cakap boleh hold 250KG max, masa tu 163KG, ingat boleh la tamping.

Naik 3 hari saja dah bengkok merata. What a waste of money haha. So decide nak jogging since gerek pon tak mampu nak tampung body.

So sebelum start jogging next day, ada lah buat research sikit pasal slow jogging oleh Dr Tanaka. Teknik ni buatkan kita jogging tak penat.

Walaupon agak slow speed, good untuk training stamina and sangat selesa untuk newcomer dalam dunia jogging ni. Ingat lagi mula-mula buat 500 meter jogging, 500 meter jalan sampai cukup 3KM.

Lama-lama up sikit distance and get faster. First time dapat lari 3KM tanpa henti tu, memang rasa achievement besar gila. Kembang hidung sembang dengan orang walaupon orang tu tak tahu apa pon. Semakin lama jogging, speed dah ada dan distance pon dah up jadi 5KM.

5KM pon dah boleh slow jogging tanpa henti masa bulan Februari. Memang best slow jogging, takda la sakit kepala lutut jogging but PACE masa tu hanyalah 13 ahhaaha.

Still on topic jogging before masuk pemakanan, now dah cecah under 7 PACE. Distance still tak jauh, 3KM TO 8KM. Sampai sekarang fall in love dengan jogging ni sebab bila jogging, minda akan tenang, mcam meditation untuk saya.

Untuk pemakanan, saya amalkan 3 benda ni. Suku-suku separuh, Intermittent fasting dan calories deficit. Makanan berminyak saya kurangkan, air manis saya stop terus.

Suku-suku separuh ni kebanyakan orang dah tahu camna nak amalkan. Nak senang join group suku-suku separuh,banyak orang akan support dan bantu. Paling core dalam journey kurus ni, bagi saya adalah IF dan Calories Deficit ni la.

IF start dari 6 petang hingga 11.30 pagi. Memang rasa lapaq, but benda ni small price to pay untuk success gituuuuu. Calories deficit ni, saya study how much calories dalam makanan and make sure ambik under 2000 calories sehari untuk taknak berat badan naik. Boleh study kat google and youtube.

Tak tahu la ada ka takda group orang Malaysia untuk calories deficit punya.Sampai sekarang ada satu habit, nak beli food kat pasaraya saya akan baca calories dulu, pelik tapi benar. Nak tanya apa-apa boleh la pm, jangan tanya pelik-pelik dah la.

Selain daripada jogging dan jaga makan, workout from home pon saya buat. Jumping jack 100, push up 50, sit up 50, squat 50. Tak lupa juga badminton, walaupon masih amatur, but antara favourite jugak main badminton sekarang ni. Fun sebab member pon sama noob ahhaha.

Loose skins? Yup memang ada loose skins and stretch mark. But better carry around loose skins dari lemak. Tak gitu?

Tidak lupa juga kepada family yang banyak support dari belakang dalam journey tahun 2020 ni. Hanya kita boleh ubah diri kita sendiri. Ingat idiom ni, “the sky’s the limit”.

Pegangan dan motivasi diri saya sendiri untuk berjaya dalam journey nak kurus ni. But perjalanan ini akan masih diteruskan di tahun 2021, nak improve diri and get fit demi menjalani hari-hari tua nanti.

zam 2021? Pick up new skills, most likely cooking kot. Nak belajar masak sedap-sedap and healthy sebab macam takda bini lagi tahun 2021 ni pun. Forever alone, ni macam kira belajar survival skills so at least tak starving nanti. Again, dedikasi dan disiplin tu adalah kunci utama untuk success, trust the process and ingat THE SKY’S THE LIMIT!

Sumber: Muhammad Nazri 

Aqmal Ezany

I write what is right