Siakap Keli

(Video) Wanita Ini Kongsi 3 Jenis Minyak Zaitun, Banyak Kelebihan Yang Ramai Tak Tahu

Ramai yang menganggap minyak zaitun hanya baik untuk rambut. Namun, sebenarnya minyak zaitun sangat baik jika digunakan dalam masakan. Bagi mereka yang sedang diet dan ingin mengurangkan minyak dalam masakan, minyak zaitun adalah cara terbaik menggantikan masakan yang bergoreng.

Wanita ini memuat naik satu video dalam akaun Instagram miliknya yang menjelaskan kebaikan kepada kesihatan jika mengamalkan minyak zaitun dalam kehidupan seharian.

Wanita yang bernama Yasmin Karachiwala itu berkata “Minyak zaitun mengandungi bahan semula jadi dan serba guna dalam gaya hidup yang lebih sihat. Ia memberi kesan yang sangat baik kepada pemakanan, kesihatan, kulit dan rambut”.

Antara kebaikan minyak zaitun yang dikongsi dalam video tersebut seperti:

a. Kaya dengan antioksidan

b. Kaya dengan lemak iaitu sejenis lemak diet yang sihat

c. Mempunyai sifat anti-radang

d. Membantu dalam mengurangkan berat badan

e. Memberi kebaikan kepada kulit dan rambut

Selain itu, Yasmin Karachiwala juga turut berkongsi minyak zaitun mempunyai 3 jenis yang berlainan. Antaranya:

Extra Virgin olive oil: Minyak zaitun jenis ini tiada kesan sampingan dan tiada bau. Ia juga tidak mempunyai sebarang bahan kimia dalam proses pengekstrakan. Selain itu, minyak zaitun jenis ini bebas daripada asid iaitu sebanyak 0.8% dan baik digunakan dalam makanan seperti salad.

Virgin olive oil: Minyak zaitun jenis ini tidak mempunyai haba luaran atau sebarang bahan kimia yang digunakan. Ia adalah minyak semula jadi yang asli. Minyak ini mengandungi bebas asid iaitu sebanyak 2% dan baol digunakan untuk menggoreng atau menumis.

Olive oil : Minyak ini dibuat dengan menggunakan arang dan penapis kimia tetapi tidak mengubah struktur gliseridik. Minyak jenis ini sesuai untuk dimasak seperti mengikut citarasa tersendiri.

Sumber: Yasmin Karachiwala via  The Indian Express