Siakap Keli

(Video) “Tak Takut, Selesa Dan Bersih,” Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Sebagai Pesakit Covid-19, Dikuarantin Di MAEPS

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kisah lelaki ini yang dikuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Beriko Rendah (PKRC) mendapat perhatian ramai apabila dia berkongsi pengalamannya sepanjang berada di situ.

Menariknya, segala andaian yang dibuat orang ramai sebenarnya tidak betul. Keadaan di pusat tersebut sangat teratur dan tidak sesak seperti mana yang disangkakan.

Ikuti kisah perjalanan seorang lelaki yang dikenali sebagai Alfifie Chan berkongsi pengalamannya di tahan di pusat kuarantin selepas disahkan positif Covid-19. Katanya, orang ramai boleh jadikan ceritanya ini sebagai satu aura yang positif untuk mengetahui situasi yang sebenar.

“But semua benda ni tak diminta. Apa yang penting, siapa kena nak cepat sembuh.”

Apa perasaan bila saya tau saya positive? Saya rasa apa yang saya rasa sama dengan orang lain; rasa bersalah dan concern pasal orang lain. Those yang rapat. Takut diorang infected.

Ini merupakan soal jawab yang ditanya di Instagram mengenai pengalaman dikuarantin di MAEPS, Serdang pada 7 Januari lalu. Tujuan thread ini untuk menyebarkan positif kepada orang ramai dan menunjukkan perkara yang sebenar.

“Menakutkan ke? Tak pun…”

The condition inside the centre. Menakutkan ke? Tak pun. Selesa and bersih. Tengok la sendiri. Yang gantung-gantung kain putih kat katil tu sebab lampu on 24 jam. So silau. Haha

Basic necessity; Toilet. Ada 6 toilets in total dalam hall ni. Setiap toilet ada around 4-6 cubicles. So far tak pernah lagi beratur or tunggu untuk masuk.

Condition inside one of the toilet cubicles. Clean and well maintained. Selesa nak buat business and mandi. Jangan la expect cam tandas kat hotel.

“Food! Served 3 times daily and so far the taste is not bad. Sedap…”

“We help each other. Because we are in this together.”

How they served the food? Food will be sent to each bed. We help each other. Because we are in this together. Ramai yang tolong petugas untuk agihkan makanan.

Kenapa katil kat MAEPS rapat-rapat? Boleh ke share facilities yang sama?

Haaa. Saya jelaskan based on apa yang diorang bagitau. Kalau ada doktor atau yang lebih arif nak add on, silakan. Harap korang faham.

Duk sekali dengan foreigner ke? Kenapa diorang asingkan foreigner dengan local? Haaa. Ini based on pemahaman saya kenapa perlu diasingkan.

Nurse yang buat announcement ni sangat sempoi dan suntik sedikit keceriaan dalam dewan. Lawak giler. Syima patut dinaikkan pangkat!

Panas ke dalam dewan tu? Sejuk sampai boleh beku. Hahaha. Selesa serious.

Kipas ke aircond? Tak seperti yang orang gambarkan. Kat sini pakai aircond on 24 jam. Sejuk and selesa. Sakai jap tengok aircond dia ni. Haha

Bila orang baru admitted, pintu ni akan dibuka dan sound effect mantap. Macam dalam movie. Saya panggil ni pintu Maze Runner. Sorakan tu untuk bagi semangat pada yang baru masuk supaya diorang tak rasa takut. What a spirit in here.

Nak charge phone camne? Ada guys charging station all around this hall. So far takde kes lagi and I hope memang takde la. Alhamdulillah.

Ingatlah bahawa pesakit positif Covid-19 bukan penjenayah untuk orang pulaukan mereka kerana penyakit ini datang dalam keadaan tidak dijangka. Moga pesakit-pesakit ini diberikan kesihatan yang baik dan doakan Malaysia bebas Covid-19 suatu hari nanti.

Sumber:  Alfifie Chan

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang