Siakap Keli
Gambar : helpguide.org

“Kunyah Sekurang-kurangnya 20 Kali,” Kunyah Makanan Secara Perlahan Rupanya Boleh Bantu Kawal Berat Badan

Pemakanan yang diambil secara seimbang mengikut piramid makanan akan menyumbang kepada kebaikan kesihatan serta berat badan yang ideal seperti karbohidrat, nutrisi lengkap, dan sebagainya. Namun sedar tak bahawa salah satu cara untuk mengawal berat badan ialah dengan mengunyah makanan secara perlahan?

Mengikut perkongsian Kementerian Kesihatan Malaysia di Twitter, perut kita perlu mengambil masa selama 20 minit untuk menghantar mesej ke otak sebagai signal bahawa perut sudah penuh dan kenyang. Makan dengan cepat menjadikan makanan diambil bertambah dan mengakibatkan anda terlebih makan.

Cara terbaik disyorkan KKM adalah dengan mengunyah makanan sekurangnya 20 kali.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

Aziezzan

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.