Siakap Keli
Gambar Hiasan via BBC & Yahoo Finance

Ada Kes Pecah Saluran Pernafasan, Ini Antara Bahaya Menahan Bersin Yang Anda Perlu Elakkan

Setiap manusia yang normal pastinya pernah merasai bersin. Seperti yang kita ketahui, selepas sahaja bersin, kita pastinya akan berasa lega.

Pun begitu, ada diantara kita yang selalu menahan diri daripada bersin. Perkara tersebut sebenarnya boleh memudaratkan kesihatan.

Justeru daripada itu, Public Health Malaysia menerusi laman Facebook mereka ada berkongsikan tentang bahayanya serta kesan apabila menahan bersin. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

SEORANG lelaki berusia 34 tahun telah dimasukkan ke wad kecemasan selepas dia tanpa sedar, telah memecahkan saluran pernafasan sendiri. Puncanya? Hanya kerana lelaki malang itu cuba menahan bersin.

Lelaki itu seperti terasa letupan kecil di bahagian tekaknya, disusuli dengan rasa kesakitan yang mendalam, selepas dia menahan bersin.

Pemeriksaan lanjut doktor mendapati terdapat kesan bengkak yang ketara di bahagian tekak dan leher.Imbasan X-ray menunjukkan tekaknya telah pecah dan angin yang disedut telah melepasi rekahan di saluran pernafasan dan terus ke tisu berhampiran.

Bersin adalah satu mekanima tubuh untuk menyingkirkan habuk, kuman atau apabila ada iritasi pada hidung. Ia melibatkan tekanan didalam dada yang sangat kuat dan laju.

Apabila ditahan dengan sengaja, tekanan ini akan merosakkan saluran darah, mencederakan organ dan saluran pernafasan.

Oleh itu, jika anda ingin bersin, jangan tahan, bersin di lengan atau lapik dengan kain.

Sumber: Public Health Malaysia

Aqmal Ezany

I write what is right