Siakap Keli
Gambar Hiasan Via Google

Ditengah-tengah Tekanan Pandemik, Vaksin COVID-19 Di Mexico Dilapor Hilang Dipercayai Dicuri

Pihak berkuasa Mexico sedang menyiasat mengenai kes kecurian beberapa vaksin COVID-19 dari sebuah hospital awam, lapor ABS CBN.

Mexico yang menjadi salah satu negara dengan jumlah kumulatif kematian tertinggi di dunia akibat COVID-19 telah mengerahkan tentera untuk menjaga vaksin dan melindunginya agar tidak jatuh ke tangan penjenayah.

Pihak tentera mengatakan bahawa vaksin yang dicuri itu berada di bawah kawalan institusi kesihatan awam di sebuah hospital di negeri Morelos dengan tahap keselamatannya dikawal oleh sebuah syarikat swasta.

“Kecurian ini mungkin merupakan tindakan yang tidak jujur untuk kepentingan diri sendiri oleh anggota pasukan vaksinasi hospital,” kata jurucakap tentera itu dalam satu kenyataan.

Kerajaan Mexico telah berjanji untuk menyediakan vaksinasi secara percuma di seluruh negara itu yang mempunyai hampir 129 juta orang, ia dilaporkan akan bermula dengan pekerja barisan hadapan.

Mexico secara rasmi mencatatkan lebih daripada 140,000 kematian akibat COVID-19, jumlah korban keempat tertinggi di dunia selepas Amerika Syarikat, Brazil dan India.

Sumber: ABS CBN

Sofea

There's always another side to every story