Siakap Keli
Gambar Via Mohd Firdaus Jailan

“Kereta Perempuan, Ginilah…”, Lelaki ‘Murung’ Pinjam Kereta Anak Buah Dipenuhi Patung Stitch, Buat Netizen Terhibur

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Apabila mempunyai kereta sendiri, pastinya ia akan dijaga dengan rapi tanpa ada sebarang cela sekalipun.

Tidak cuma itu, ada juga yang gemar menghias pelbagai dekorasi dalam kereta.

Bagi yang obses dengan sebarang kartun atau animasi, pastinya kereta mereka akan menjadi salah satu ‘mangsa’ yang dipenuhi dengan kartun tersebut.

Sama seperti yang dikongsikan oleh Mohd Firdaus Jailan ini yang ‘kemurungan’ apabila melihat patung Stitch yang ‘melekat’ di dalam kereta anak buahnya.

Perkongsiannya di Facebook itu telah tular dan mendapat perhatian ramai kerana lucu dengan situasi yang dialaminya.

Menurutnya, kereta itu dipinjam dari anak buah perempuannya.

Dengan wajah yang ‘garang’, riak wajah Firdaus itu nampaknya tidak sesuai dengan ‘pemandangan’ di dalam kereta itu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang sememangnya terhibur dengan posting tersebut.

Sumber: Mohd Firdaus Jailan

Sofea

There's always another side to every story