Tiada kata yang diucap untuk menggambarkan kegembiraan apabila sudah sah menjadi suami isteri.
Manakan tidak, hubungan cinta yang selama ini terjalin telah disatukan dalam satu akad yang suci.
Pastinya, ini merupakan saat yang paling bermakna untuk setiap pasangan, mereka juga akan lebih mengenali diri masing-masing.
Namun, terkadang mungkin ada yang masih berada dalam keadaan tidak percaya bahawa dirinya sudahpun berkahwin.
Sama seperti video yang tular di TikTok ini yang menyaksikan momen si suami yang terkejut melihat kelibat wanita iaitu isterinya apabila sedar dari tidur.
Video itu menyaksikan isterinya yang sedang bersiap kelihatan bingung setelah ditanya mengapa dia berada di situ. Menurutnya, dia terlupa bahawa sudah sah menikah.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terhibur melihat situasi lelaki itu.



Sumber: Muhammadyooga