Siakap Keli
kucing disergah tikus
Gambar: Nature & Animals

(Video) Kucing Pasrah, Makanannya ‘Dirampas’ Oleh Tikus, Terkejut Kena Sergah Sampai ‘Terpelanting’

Tikus sering dianggap sebagai makanan kucing. Malah, ramai yang percaya bahawa dengan membela kucing, ‘populasi’ tikus dapat dikurangkan.

Pun begitu, situasi mungkin berbeza apabila ada tikus yang berani dan tidak terancam dengan kehadiran kucing. Malah, tikus juga semakin berani mengenakan kucing yang dilihat teragak-agak untuk menerkam ‘mangsanya’.

Dalam perkongsian Nature & Animals, seekor tikus telah ‘merampas’ makanan seekor kucing yang sedang terpinga-pinga. Tidak mengendahkan kewujudan kucing di belakangnya,  haiwan itu terus makan dengan berselera sebelum ia didekati si kucing yang tertanya-tanya.

Namun, secara tiba-tiba, si tikus berpaling dan menyergah haiwan itu, membuatkan si kucing terlonjak ke belakang. Video itu telah mendapat lebih 230,000 tontonan sejak dimuatnaik pada tengah hari tadi. Tonton videonya di bawah.

Sumber: Nature & Animals

Amira

Love yourself.