Siakap Keli

(Video) Lebih 1 Juta Tontonan, Cubaan ‘Curi-Curi’ Makan Lepas ‘Lunch Break’ Hampir Kantoi Bila CEO Lalu

Apabila bersama rakan-rakan pejabat atau ‘officemates’, pasti ada sahaja momen atau peristiwa yang tak dapat dilupakan. Tambahan lagi jika dikelilingi rakan sekerja yang ‘sporting’, cerita dan sekepala, mesti tak kering gusi dibuatnya.

Seperti perkongsian sebuah video menerusi aplikasi Tiktok oleh akaun Ifzan Derviest, di mana menunjukkan gelagat pemuda tersebut yang sedang ‘curi-curi’ makan setelah habis waktu rehat.

Reaksi panik dan terkejutnya apabila melihat kehadiran bos di pejabat, menjadi tular sehingga meraih 1.9 juta tontonan dan dibanjiri dengan ribuan komen oleh warganet yang geli hati melihat gelagat pemuda tersebut.

Tiba-tiba CEO lalu…

@ifzanderviestonxon

#ONXON LAWAK OPIS: COBAAN CYRI MAKAN LPAS WAKTU BREAK #fyp #foryoupage #youngcreators #tiktokmalaysia

♬ original sound – Ifzan Derviest – Ifzan Derviest

Rata-ratanya terhibur melihat pemuda itu yang cuba ‘menyembunyikan’ makanan di bawah meja dengan wajah paniknya yang jelas kelihatan.

Ada di antara warganet yang turut berkongsi pengalaman berdepan situasi sama apabila bos muncul ketika sedang makan selepas waktu rehat. Memang kelakar!

Skill terpendam dari sekolah bawa ke tempat kerja

Kelakar bila boss pula boleh kehulu-kehilir

Pernah kena sampai tersembur nasi

Sumber: TikTok ifzanderviestonxon

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.