Siakap Keli

Tiger Woods Dilapor Terlibat Kemalangan, Alami Kecederaan Serius Di Bahagian Kaki

Pemain golf Amerika Syarikat, Tiger Woods, dilaporkan telah terlibat dalam satu kemalangan di Los Angeles pada pagi Semalam.

Menurut GolfDigest, Woods kini berada dalam ‘keadaan serius’ setelah menjalani pembedahan kerana beberapa kecederaan pada kakinya.

Woods yang memandu kenderaannya dilaporkan sedang menuju ke arah utara di kawasan Hawthorne Ave yang menuruni bukit, jalan dua lorong di Rancho Palos Verdes.

Seorang penduduk di kawasan itu membuat panggilan kepada pihak berkuasa setelah melihat kemalangan itu, Woods sedar ketika mereka tiba di tempat kejadian.

Pegawai dari LACSD mengatakan bahawa bahagian dalam kenderaan yang dipandu Woods berada dalam keadaan baik.

Tidak ada bukti kerosakan dan Woods dilaporkan tenang ketika pihak berkuasa tiba di tempat kejadian.

Woods berada di California untuk menjalani penggambaran dua hari bersama Golf Digest/ GOLFTV setelah menjadi tuan rumah untuk Genesis Invitational yang selesai pada Ahad.

Sumber: Golf Digest

Sofea

There's always another side to every story