Siakap Keli

Lelaki Ditahan, Didakwa Bunuh & Kerat Jantung Jiran Untuk Dimasak Dengan Kentang, Buat Halau Hantu

Seorang lelaki di Okhlama, Amerika Syarikat (US) yang baru sahaja dibebaskan dari penjara pada bulan lepas kini berdepan pula dengan pertuduhan membunuh.

Memetik sumber tempatan, lelaki terbabit didakwa atas kesalahan membunuh jirannya di bandar Chickasha dalam wilayah tersebut, sebelum mengerat tubuh mangsa dan mengambil organ jantungnya.

Menurut pihak pendakwaan, jantung tersebut diambil lelaki berkenaan dan dimasak bersama kentang dipercayai bertujuan untuk menghalau hantu.

Selain itu, dua lagi pertuduhan dijatuhkan ke atasnya apabila dia juga didakwa telah membunuh ibu bapa saudaranya sendiri, selain turut membunuh cucu mereka yang berusia empat tahun.

Difahamkan, ketika pihak berkuasa melakukan tangkapan ke atasnya sejurus membunuh mangsa, turut ditemui bersamanya ialah sebuah tong gas silinder  jenis PCP yang dipercayai sering digunakan untuk aktiviti dadah.

Justeru siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti adakah lelaki itu bertindak sedemikian ketika di bawah pengaruh dadah atau sebaliknya.

Dikatakan lelaki tersebut juga menangis ketika dituduh, selain turut merayu bahawa dirinya tidak mahukan jaminan.

Dalam masa sama, pihak pendakwaan menyatakan dia perlu menjalani ujian penilaian mental sebelum perbicaraan kes diteruskan.

Untuk rekod, lelaki terbabit telah dipenjara selama 20 tahun sebelum itu atas kesalahan keganasan melibatkan dadah.

Sumber: Fox 59

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'