Siakap Keli
Gambar: JKJAV & Bernama

Ini Cara ‘Step By Step’ Proses Pendaftaran Vaksinasi Melalui MySejahtera

Susulan daripada wabak pandemik COVID-19 yang menular di negara serta seluruh dunia, kerajaan telah mengambil inisiatif bagi mengawal penularan wabak ini dengan menjalankan program vaksinasi.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah  melalui akaun Twitter rasminya telah berkongsikan pautan berkenaan proses pendaftaran bagi program vaksinasi.

Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan vaksin ini namun tidak tahu caranya, ikuti cara-caranya seperti yang dikongsikan oleh akaun Facebook rasmi Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV) ini.

Buka aplikasi MySejahtera

Klik pada ikon Vaksinasi COVID-19

Klik pada tab nama untuk mendaftar butiran diri

Sahkan nama, kad pengenalan dan ID MYSJ

Notifikasi pada pengesahan butiran

Jawab soalan-soalan yang tertera

Sentiasa ikuti info terkini di aplikasi MySejahtera

Jangan lupa untuk mengaktifkan “Push notification”

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh menonton video tersebut di SINI.

Sumber: JKJAV

Aqmal Ezany

I write what is right