Terkini

Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Gambar: Hairul Vcool

Elakkan Buat 5 Perkara Ini Jika Tak Mahu Peti Sejuk Cepat Rosak, Nombor 5 Ramai Terlepas Pandang

Amira

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Hampir setiap rumah mempunyai peti sejuk. Ia adalah salah satu teknologi yang banyak mengubah gaya hidup kita berbanding zaman ibu bapa kita suatu ketika dahulu ketika teknologi ini masih belum dipasarkan secara meluas.

Mungkin ada yang berfikir, apalah sangat yang perlu kita lakukan untuk menjaga peti sejuk? Namun sedar tidak sedar, adakalanya tindakan kita yang dianggap biasa rupanya boleh menjejaskan fungsi peralatan ini dalam tempoh yang lama.

Jangan ambil mudah, ini lima perkara yang segelintir dari kita biasa lakukan, yang boleh merosakkan peti sejuk dikongsikan oleh Kedai Baikpulih Hairul Vcool.

1. Jangan buka pintu terlalu lama

Menurut Hairul Vcool, motor compressor terpaksa bekerja lebih keras kerana suhu sejuk dari peti akan keluar. Jadi, apabila ditutup, compressor terpaksa bekerja keras untuk sejukkan semula ke suhu yang telah disetkan.

2. Jangan letak barang panas dalam peti sejuk

Pesan Hairul, makanan yang baru siap masak jangan terus dimasukkan ke dalam peti sejuk. Alasannya ialah kerana ia berbeza suhu, misalnya suhu makanan 40 darjah selsius manakala peti sejuk -18 darjah selsius.

Perubahan suhu akan berlaku di dalam compartment dan peti sejuk perlu bekerja keras untuk sejuk semula. Jika peti sejuk jenis inverter, ia akan bekerja lebih keras, maka compressor akan cepat rosak.

Sejukkan dahulu makanan sebelum masukkan ke dalam peti sejuk, pesannya.

3. Elak padatkan peti sejuk

Jelas Hairul, perkara ini akan membuatkan peti ais cepat rosak kerana tiada kitaran udara yang sempurna.

Isipadu peti ais (300L, 400L dsb) menunjukkan kapasiti yang boleh dimasukkan. Bila terlebih muatan, ia akan menutup ruang peredaran udara di dalam peti ais dan boleh menyebabkan ia menjadi ‘semput’.

4. Jaga kebersihan peti sejuk

Ujar Hairul, apabila anda tidak jaga kebersihan peti sejuk, makanan yang tamat tempoh boleh mengeluarkan bau dan menjejaskan makanan lain.

Selain itu, apabila makanan lama tidak dibuang atau dikeluarkan, ia akan menyebabkan peti menjadi padat sehingga boleh menyebabkan berlakunya tumpahan.

BACA: Produk Elektrik Berkualiti ‘Harga Kayangan’? Jangan Risau, Guna ‘Trik’ Ini

Tumpahan makanan di dalam peti ais bukan sahaja boleh mengotorkan peti ais, tetapi menyebabkan ‘badan’ peti menjadi berkarat. Malah, getah pintu juga boleh pecah dan akhirnya menyebabkan ia tidak dapat ditutup dengan rapat, mendorong kepada permasalan lain.

Pesan beliau, keluarkan barang di dalamnya untuk dicuci pada bahagian dalam sekurang-kurangnya tiga bulan sekali.

Tangkap layar video oleh Hairul Vcool.

5. Berkongsi kepala plug

Kongsi Hairul, tindakan menggunakan soket yang sama boleh menyebabkan peti ais cepat rosak. Hal ini berlaku apabila pengguna kerap menutup dan membuka suis apabila menggantikan kepala plug pada soket dengan plug peralatan elektrik yang lain.

“Paling banyak sekali plug peti ais berkongsi dengan mesin pengisar (blender). Masa nak guna blender, dia tutup peti ais, dia pasang blender. Dah siap blender, dia pasang peti ais pulak. Jadi on off on off, peti ais akan jadi cepat rosak,” katanya.

Sumber: Hairul Vcool