Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TERKINI: MRR2 Dari Sri Petaling Ke Sg. Besi Sesak Teruk Dipercayai Akibat Struktur Binaan Runtuh

Sebuah tapak pembinaan berhampiran Desa Tun Razak dipercayai telah runtuh dalam kejadian sebentar tadi, memetik laporan Astro Radio Traffic.

Runtuhan itu dilaporkan telah menjadi punca penambahan kesesakan dari Sri Petaling ke Pekan Sg besi dengan penutupan dua (2) lorong kanan.

Menurut info dari projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) seperti memetik laporan Astro, struktur jejantas runtuh berikutan sebuah jentera ‘Low Loader’ telah melanggar struktur tersebut.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur yang menerima panggilan kecemasan pada jam 5.58 petang kini berada di lokasi.

Baca: Runtuhan Jambatan: Laporan Awal Bomba Sahkan 5 Mangsa Terperangkap Dalam Van Kilang

Laporan lanjut menyusul

Sumber: Astro Radio Traffic