Siakap Keli

(Video) “Acah-Acah Tengok Awan Biru…,” Wanita Ini Kongsi 9 Tips ‘Pose’ Untuk Nampak Kurus Dan Tinggi

Kalau korang perasan, wanita ataupun lelaki yang berbadan gempal pasti akan menyorok diri mereka di belakang agar tidak kelihatan ‘chubby’ di dalam gambar. Tapi, bagaimana pula jika mereka yang ingin bergambar seorang?

Ya, tidak dinafikan sesetengah daripada mereka agak kurang keyakinan untuk berada di hadapan kamera berbanding orang lain. Namun, siapa kata mereka yang mempunyai bentuk badan yang besar tidak boleh bergambar dengan gaya menawan?

Jom, ikuti teknik dan tips daripada Atiqah Ali menerusi laman TikToknya tentang beberapa pose yang sesuai untuk kelihatan kecil dan tinggi.

Menerusi rakaman video ini, Atiqah kongsikan 9 tips pose, paling sesuai dengan SK adalah pose ke 5. Lebih yakin.

@atiqah.ali

Kalau x kurus jugak x tau lah 🤣 kang ada yg rekemen ubat kuwus ni #posetips #posetipsandtricks #poseootd #ootd #posingtips #posingforwomen #fyp

♬ Bukan Pho – €ryck – Kup@ng☄️

Tidak kiranya korang kurus atau berbadan besar, keyakinan tu kena tinggi barulah gambar kelihatan cantik dan menawan.

 

Sumber: Atiqah Ali

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang