Siakap Keli

“I As Penolong…”, Garang Tapi Comel, Adik Ni Teruja Kongsi ‘Tugasnya’ Jadi Penolong Ketua Kelas

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bukan mudah memegang tugas sebagai seorang ketua kelas. Dalam masa sama, penolong ketua kelas pun apa kurangnya.

Kena jadi seorang yang tegas, berkarisma dan berwawasan. Barulah ada ‘gaya’. Orang tengok pun pandang hormat.

Tapi apa yang dibicarakan oleh adik ini memang mencuit hati. Si cilik ini, Maya Zarra Aleesya baru-baru ini berkongsi tentang ‘portfolionya’ sebagai penolong ketua kelas kepada ibunya, Maya Dannya.

Jika kita mendengar penjelasannya yang bernada tegas ini, pasti akan terhibur. Jom ikuti video ini.

“Dia lupa dia penolong ketua kelas ke guru besar ni..”

Apa kata warganet?

Sementara itu, ramai warganet menzahirkan rasa kagum terhadap keperibadian adik Zarra ini yang kelihatan tegas seperti seorang ketua.

Rata-rata mereka berkongsi pandangan dan tutut menitipkan kata-kata semangat kepadanya.

 

Ada yang menjangkakan, adik Zarra ini sangat berbakat untuk menjadi penolong ketua pengawas apabila sudah meningkat tahun kelak.

Seterusnya, ada pula yang berpandangan bahawa Adik Zarra kurang sesuai menjadi penolong ketua kelas, sebaliknya ketua kelas.

Mungkin gaya tegasnya yang tidak dapat dinafikan lagi.

“Jadi pengawas ni confirm semua pelajar berdisiplin..”

Semoga adik Zarra akan jadi pelajar cemerlang dan manusia yang hebat apabila sudah meningkat dewasa kelak. Ameen.

Sumber:  Maya Dannya

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'