Siakap Keli

“Sentiasa Alhamdulillah,” Sonny Bill Williams Umum Persaraan, Selepas Lebih 15 Tahun Beraksi

Pemain ragbi kebangsaan New Zealand, Sonny Bill Williams hari ini mengumumkan persaraannya sebagai pemain selepas lebih 15 tahun beraksi dalam sukan ragbi untuk karier senior beliau.

Sonny yang berusia 35 tahun itu berkata dalam ciapan di laman Twitternya, “terima kasih kepada semua peminat atas sokongan yang diberikan sepanjang kaerier saya. Kepada rakan sepasukan, terima kasih atas pengajaran dan bantuan berterusan.

Ia bukanlah pengembaraan yang sempurna tapi pengajaran dan tauladan telah membantu membentuk saya menjadi lelaki yang sangat bangga untuk bersara hari ini. #AlwaysAlhamdulillah.”

Sepanjang karier beliau, Sonny telah berjaya meraih pelbagai kejuaraan utama dunia termasuk menjuarai Piala Dunia Ragbi kali pertama pada tahun 2011 bersama pasukan New Zealand.

Sonny telah memeluk agama Islam pada tahun 2009 ketika beliau sedang beraksi untuk sebuah kelab ragbi di Perancis.

Sumber: Sonny Bill Williams

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)