Siakap Keli
Gambar: elenastar365

(Video) Mungkin Nak Suruh Masak, Gelagat Oyen Bawa Balik ‘Lauk’, Siap Letak Kat Dapur

Kucing adalah haiwan peliharaan yang sangat comel, manja dan jinak.

Ramai juga di antara kita yang paling kurang pun akan ada bela seekor di rumah.

Setiap kucing juga mempunyai personaliti yang berlainan. Ada yang nakal, ada yang baik, ada yang pemalas dan macam-macam lagi.

Walau apa pun, kesemuanya tidak akan sama dengan si oyen yang suka buat hal.

Seperti dalam satu video TikTok yang dikongsikan oleh pengguna bernama @elenastar365 ini, kucingnya telah membawa pulang satu ‘lauk’ yang agak menyeramkan.

Video tersebut memaparkan si oyen yang selamba sahaja masuk ke rumah dan menuju ke dapur sambil membawa seekor ular di mulutnya.

Dia kemudiannya dilihat telah memanjat ke dapur dan meletakkan ular tersebut di dalam kuali. Mungkin mahu tuannya masak dan menghidangkan ‘lauk’ itu.

Video lucu itu secara tidak langsung boleh menjadi bukti kepada sifat kenakalan yang ada pada si oyen ini.

Video tersebut telah menjadi tular, sehingga kini ianya telah ditonton lebih 5 ribu kali oleh warganet.

@elenastar365

#рек #рекомендации #VideoSnapChallenge #кот #котваська🐈 #рыжик #реклама #змея🐍 #змея #котики #котвасилий

♬ Ягода Малинка – Хабиб

Sumber: @elenastar365

Aqmal Ezany

I write what is right