Siakap Keli

(Video) ‘Berjangkit’ Perangai Oyen, Kucing Kelabu Nakal Tersangkut Kepala Celah Besi Buat Ramai Terhibur

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Selalu buat hal yang pelik-pelik, kenakalan kucing berwarna oren sememangnya telah diketahui.

Pun begitu, title ‘kucing paling nakal’ nampaknya bakal diberikan kepada kucing berwarna kelabu ini.

Walaupun tubuhnya kecil sahaja namun ia sangat aktif sehingga tersangkut di jaring besi.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh Emr_rfiqi di TikTok, kucing itu dilihat bagaikan sudah ‘pasrah’ dengan nasib kepalanya yang tersangkut itu.

@emr_rfiqi

Kenapa nakal2 sangat HA!!! Kan dah susah🤣 #cat #fyp

♬ original sound – Emr_rfiqi – Emr_rfiqi

Lebih ‘menggeramkan’, ia tidak memberikan sebarang reaksi dan hanya melarikan diri apabila berjaya dikeluarkan dari jaring itu.

@emr_rfiqi

Reply to @emr_rfiqi dia buat dunno je bahhahaha😂 #buathal

♬ original sound – Emr_rfiqi – Emr_rfiqi

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terhibur dan ‘geram’ melihat kucing kelabu itu.

Sumber: emr_rfiqi

Sofea

There's always another side to every story