Mendirikan rumahtanggan antara momen yang paling istimewa dalam hidup setiap insan yang berpasangan. Disaat akad selesai dilafazkan, maka bersatulah hati dua insan yang saling sayang menyayangi antara satu sama lain.
Walaubagaimanapun, ada juga sesetengah pasangan yang terpaksa menanguh dahulu majlis mereka dek kerana bajet yang tidak mencukupi terutamanya untuk mengadakan majlis perkahwinan.
Tidak dinafikan sesebuah perkahwinan sangat mudah jika diikuti dengan perkara yang wajib sahaja. Namun, masyarakat Melayu akan berpegang teguh dengan adat resam sehinggakan ada yang tidak berkemampuan dan terpaksa menanggung kos yang tinggi.
Namun, kisah pasangan ini memilih untuk mengadakan majlis secara sederhana dan hanya menggunakan bajet bawah daripada RM 6 ribu. Ya, bagi mereka apa yang penting adalah kehidupan selepas berumahtangga. Semoga perkongsian daripada Nurin Amira ini memberi manfat kepada korang yang bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.
“BAJET KAWIN 6K TAPI SEMPURNA”
Nak share sikit tentang perbelanjaan perkahwinan saya pada 17.3.21. Semoga dapat membantu pasangan yang otw mendirikan rumah tangga.

Saya awal-awal ada roger kat family, tak mau hantaran macam biasa tu, buah la kek la manisan, so bila buat macam ni, ringan la sikit beban selepas kahwin. Tinggal masuk rumah susun barang.
Perkawinan tu mudah. Orang kite je yang buat susah. Ingat ni! Kite berbelanja 1000k sekali pun, orang tetap akan bercakap. So, biarlah. Kite yang kumpul duit, so biar kite yang decide hidup kite.
Jadi, kat sini saya kongsikan perbelanjaan saya. Semoga dapat membantu korang tau!

PELAMIN
Datang ontime, sangat memahami. Senang berurusan.
MAKEUP
Pukul 6 pagi dia kata datang, 6 pagi tepat dia mai. Makeup sangat onpoint. Dari nikah sampai ke petang makeup tahan. Cantik sangat.
HENNA
fb :Nik Nurain Nasuhah

Catering
KEK
Pembuat kek yang sangat memahami customer. Terima kasih tau! Kek dia sedap gila weh.

Kad kahwin + Bunting + sticker
Buat sndiri
Berminat bole dm sy ya
Jimat murah dan ringkas
CINCIN SUAMI

HANTARAN
1. DAPUR GAS : RM 79
2. HEATER : RM 69
3 BLENDER : RM 68
4. SPEAKER + MIC : RM 87
5. IRON : RM 50
COWBOY KULAI
6. SET PENGUKUS : RM 67
DIY IOI KULAI
7. TEKO + PENAPIS MINYAK :
RM 30
MYDIN KULAI
8. SET PINGAN : RM 50
Katanya semasa dihubungi sebentar tadi, hantarannya memang berlainan dengan hantaran pasangan pengantin yang lain. Ini untuk meringgankan beban mereka selepas nikah nanti.



PAKAIAN

BAJU PEREMPUAN
NIKAH : RM 134
SANDING: RM 130

BAJU LELAKI
NIKAH RM 89
SANDING RM 70
SAMPIN RM 55

TUDUNG

CROWN + RANTAI : RM 24
BROOCH BAJU MELAYU : RM 16

KASUT CONVERSE

HOMESTAY RM 650
DOORGIFT
150 pax
RM 250
Bunga telur
Sapu tangan
Kotak
Air mineral
TELUR PINDANG

KUIH MUIH + PULUT
RM 240
TEMPAT BUNGA PAHAR
RM 30
PA SYSTEM
Ingat tak saya ada beli speaker dengan mic? Haha download lagu kompang, lagu kahwin. So settel. Jimat kan? Hahahah
Total RM 5864.
Alhamdullilah. 6k sahaja digunakan untuk majlis yang simple tapi sangat sempurna.
Bagi pasangan-pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga di luar sana, suka kami ingatkan agar sentiasa bijak dalam berbelanja dan berbelanjalah mengikut kemampuan dan keperluan.
Sumber: Nurin Amira