Beli Untuk Sebulan Terus, RM241 Je Dah Dapat 8 Jenis Lauk
Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, ramai yang mula mempunyai kesedaran untuk menguruskan kewangan dengan lebih bijak. Terutama bagi yang sudah berkeluarga, setiap perbelanjaan perlu dikira agar kehendak tidak melebihi keperluan.
Disebabkan itu juga, ada sesetengah keluarga yang mencari cara untuk berjimat, terutama dalam soal makanan.
Kadang kala, membeli lauk bukan lagi sekadar mengikut selera, tetapi mengikut kemampuan.
Ada yang memilih untuk memasak sendiri dan ada juga yang mula mengurangkan pembelian di luar semata-mata ingin memastikan bajet bulanan tidak 'lari'.
Nak elak pembaziran
Begitulah juga yang dilakukan oleh pasangan suami isteri ini yang bijak berbelanja barang dapur untuk sebulan.
Menerusi perkongsian @solehahshafiri di Threads, dia dan suaminya membeli lapan jenis lauk untuk sebulan dengan harga hanya RM241.
Kredit: solehahshafiri"Minggu lepas saya dan suami buat keputusan untuk beli lauk sebulan terus untuk Februari.
"Jadi nak elakkan pembaziran, kami duduk berbincang mengenai menu untuk sebulan.
"Bajet RM400, tanpa disangka kami boleh beli lapan jenis lauk untuk sebulan dengan hanya RM241. Jimat banyak," katanya.
Lauk yang dibelinya ialah lima ekor ayam (RM87), tulang rusuk lembu 2kg, daging campur lemak 500g ((RM71 jumlah tulang dan daging), ikan kembong empat ekor (RM8), ikan siakap tiga ekor saiz M (RM38), ikan bawal emas (RM19, udang 10 ekor (RM7) dan sotong enam ekor (RM11).
Kredit: solehahshafiri"Saya basuh, asingkan dan label terus menu. Nanti nak masak senang boleh ambik je," katanya lagi.
Menu untuk sebulan
Solehah turut berkongsi menu yang akan dimasak olehnya sepanjang bulan ini.
"Saya makan dua kali sehari menu yang sama. Masak masa hari bekerja sahaja, hujung minggu dapur saya cuti. Semoga bermanfaat kepada semua," ujarnya.
Kredit: solehahshafiriMenjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji cara pasangan suami isteri itu dan tidak kurang juga berterima kasih dengan tip yang diberikan.
"Sampai meniarap itu maksudnya ini hal yang serius"
"Jimat kan? Cuma yang tak dapat dibeli itu ialah kerajinan nak masak"
Perkongsian Solehah ini juga menunjukkan bahawa suami isteri perlu bermuafakat dan sentiasa saling berbincang agar pengurusan kewangan lebih teratur.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk semua.