Siakap Keli
Kredit: Nate Ethan Iszac via India Times

Makhluk Lautan ‘Misteri’ Dikenali ‘Belut Serigala’ Ditemui, Saiz Besar Dan Bergigi Tajam Bikin Warganet Seram

Lautan menyimpan jutaan rahsia yang tidak kita ketahui. Daripada keindahan batu karang hinggalah keunikan haiwan yang tinggal di bawah sana, masih banyak khazanah lautan yang belum manusia terokai.

Penemuan haiwan laut yang unik pastinya membuatkan ramai antara kita terlopong kekaguman, sepertimana penemuan wolf eel oleh seorang nelayan di Alaska beberapa minggu lalu.

Spesies ini mungkin sudah dikenali secara meluas oleh para pengkaji hidupan laut, namun tidak bagi orang awam yang pertama kali melihatnya.

Dalam kiriman dikongsikan Nate Ethan Iszac, rata-rata warga maya meluahkan rasa teruja melihat spesies bergigi tajam itu.

Kredit: Nate Ethan Iszac via India Times
Kredit: Nate Ethan Iszac via India Times

Bayangkan jumpa ketika menyelam

Menakutkan

Menurut Snopes.com, wolf eel ini mempunyai gigitan yang cukup kuat serta boleh membesar sehingga 8 kaki panjang. Dengan kekuatan rahangnya, belut ini menjadikan kupang dan kerang sebagai makanannya.

Dalam video dikongsikan Bat Crazy Fisherman pula, spesies serupa boleh mengkemekkan tin minuman ringan walaupun selepas kepalanya dipotong.

Bagaimanapun, tambah Snopes.com, ia merupakan antara haiwan kegemaran penyelam skuba berikutan sikapnya yang tidak agresif walaupun kelihatan berbahaya.

Sumber: Nate Ethan Iszac via India Times, Snopes.com, Bat Crazy Fisherman

Amira

Love yourself.