Siakap Keli

Mi Segera Satu Pek RM1.88, Lulu Hypermarket Setia City Mall Buat Potongan Harga Kaw-Kaw Lima Hari Saja

Sebagai salah sebuah rangkaian pasar raya, sebut saja nama LULU HYPERMARKET, perkara pertama yang terlintas sudah tentulah barang yang dijual pada harga yang lebih murah, berkualiti tinggi selain mesra pelanggan.

Sempena pembukaan cawangan di Setia City Mall, Bandar Setia Alam, Lulu Hypermarket mulai hari 31 Mac sehingga 4 April dengan harga yang tak terjangkau. Awal-awal bulan nak topup barang dapur tu eloklah serbu dengan SOP ke Lulu Hypermarket cawangan Setia City Mall, Bandar Setia Alam.

Antara tawaran pembukaan lima hari ni termasuk barangan elektrik di tingkat tiga. Paling menjadi tumpuan adalah SMART TV SAMSUNG 55′ ULTRA HD yang dijual pada harga RM1699, harga asal RM2399 dan  PHILIPS BLENDER yang dijual pada harga RM69, harga asal RM131.

Pada level dua Lulu Hypermarket merupakan lantai pakaian lelaki dan perempuan dan paling best, korang dah boleh mula beli baju raya sebab ada diskaun juga katanya. Beli awal senang, ye dak?

Dekat lantai satu adalah syurga makanan. Nak beli apa? Nak makan apa? Sayur segar, ikan, ayam, roti, kek dan manisan Arab semuanya ada.   Apa yang menariknya tawaran pembukaan ni,  boleh kata kebanyakkan barang dijual pada harga terendah. Contohnya, Maggi Kari  dan Ayam dijual pada harga RM1.88/pek (5 paket). Murah weh. Siapa terigin nak makan manisan arab pun ada. Kurma, kunafa, baklava dan banyak lagi. Memang dah gigil lutut ni nak pergi.

Lagi satu yang best juga Lulu Hypermarket Setia City Mall ni, keluasan dia memang besar sangat sehingga 150 ribu kaki persegi. Tempat letak kereta pun senang je kat sini. Tak payah pening-pening fikir. Fikir nak beli apa je, senaraikan siap-siap, sampai sana terus tuju.

Jadi, korang jangan lepaskan peluang ke sana. Kita nak sambut puasa ni, belilah barang makanan tu stok siap-siap. Kurma kat sana pun semua kualiti punya. Tawaran murah ni tak lama ya, lima hari ni sahaja sampai 4 April. Buat apa bayar lebih kalau boleh jimat, betul tak?

Nur Farra