Siakap Keli
Gambar via Adila Kaman

Tiba-tiba Ada Darah Menitik, Wanita Cemas Temui Ular Berbelit Pada Tayar & Enjin Kenderaan

Salah satu perkara yang ditakuti bila memandu ialah apabila ada haiwan  yang ‘menumpang’ terutama di dalam bahagian enjin kereta.

Paling risau jika ada anak kucing yang menyelinap masuk di bahagian itu tanpa disedari.

Manakan tidak, ada sesetengah kes yang menyaksikan kucing sudah pun menjadi bangkai kerana tidak dapat keluar dari situ.

Pun begitu, berbeza pula dengan situasi yang dialami oleh wanita ini, bukan bangkai kucing yang ditemui, tetapi bangkai ular sawa.

Menerusi ciapannya di Twitter, Adila Kaman berkongsi detik-detik cemas ketika dia menyedari ada bau bangkai di dalam keretanya dan selepas itu dia mendakwa terlihat darah menitik dari enjin kereta.

Menurutnya, bau bangkai itu sangat busuk walaupun dia sudah keluar dan berdiri jauh dari kereta.

Selepas diperiksa dan diketahui bahawa ia ular sawa yang besar, Adila berkata dia takut dan tidak sanggup untuk melihat keadaan ular tersebut.

Ular tu dah keras melilit

Tak sampai separuh badan lagi

Selepas tiga jam, bangkai ular itu berjaya dikeluarkan. Menurut Adila, ular sawa itu dianggarkan hampir 3.6 meter panjang.

Adila menasihatkan orang ramai untuk sentiasa memeriksa kereta masing-masing untuk mengelak kejadian sepertinya.

 

Sumber: Adila Kaman

Sofea

There's always another side to every story