Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Detik seekor kuda tiba-tiba muncul dan memecut melawan arus di tengah jalan raya mengundang debaran ramai selepas rakaman kamera papan pemuka (dashcam) tular di media sosial.
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik pengguna Threads, @4ddl33, kuda berwarna coklat itu dilihat berlari laju dari arah bertentangan sehingga mengejutkan pemandu yang melalui laluan berkenaan.
Katanya, situasi itu cukup mencemaskan sehingga membuatkan mereka yang berada di dalam kenderaan berasa berdebar.
"Kuda terlepas keluar yang dalam kereta ni dah berderau darah," katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi reaksi lucu dan berseloroh mengenai kejadian tersebut.
Seorang pengguna, @adamyzid, berkata aksi kuda itu memperlihatkan "kemahiran pemanduan" yang menghiburkan.
"Power handling dia," katanya secara berseloroh.
Sementara itu, pengguna @matchasuckerr pula mengaitkan insiden berkenaan dengan istilah yang sering digunakan dalam dunia automotif.
"Horsepower kereta mana tertinggal ni," ujarnya.
Menurut seorang lagi pengguna, @ohh.soyaaa, rakaman tersebut turut membuatkan dirinya berasa cemas walaupun hanya menontonnya menerusi media sosial.
"Saya yang tengok dari Threads ni pun terhenti kejap degupan jantung," katanya.
Rakaman berkenaan terus mendapat perhatian warga maya dengan ramai mengakui situasi seperti itu boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya sekiranya tidak ditangani dengan segera.
Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan